Lakukan Gencatan Politik, Tumpu Kepada Rakyat – TMJ

Lakukan gencatan politik, tumpu kepada rakyat – TMJ

JOHOR BAHRU – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menzahirkan kata nasihat kepada semua ahli politik khususnya di negeri Johor supaya memberi keutamaan terhadap krisis kesihatan dan ekonomi yang kini berada di tahap yang amat membimbangkan.

Tunku Ismail berkata, ahli politik harus mengenepikan perbezaan politik dan perlukan melakukan gencatan politik buat sementara waktu.

Saya ingin memberi pandangan dan nasihat yang ikhlas kepada semua ahli politik di Johor ataupun mana-mana.

“Anda harus memberikan keutamaan kepada krisis kesihatan dan krisis ekonomi yang kini berada di tahap yang amat membimbangkan, sekarang bukan masa untuk berpolitik,” titah baginda dalam satu kenyataan yang dimuat naik dalam laman Facebook miliknya, hari ini.

Tunku Ismail turut bertitah agar semua ahli politik memberi tumpuan kepada melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan dan cuba sedaya boleh untuk memerangi pandemik ini.

“Ketepikan segala perbezaan politik, lakukan genjatan politik buat sementara ini dan berikan tumpuan sepenuhnya kepada rakyat.

“Ini adalah masa untuk berkhidmat dan membantu rakyat,” tegas baginda.

Semalam, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permas, Datuk Che Zakaria Mohd. Salleh dilaporkan berkata, empat ADUN Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor sedia menarik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) Johor jika UMNO masih mendesak untuk menukar kerajaan di peringkat Persekutuan.

Jika situasi tersebut berlaku, kerajaan PN Johor dijangka tumbang kerana ketika ini, Menteri Besar, Datuk Ir. Hasni Mohammad mempunyai 29 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala Pakatan Harapan (PH) 27 kerusi.-Facebook/Twitter/Instagram

Lakukan gencatan politik, tumpu kepada rakyat – TMJ


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Tindakan Mengurung Rakyat Sudah Tidak Relevan, Percepatkan Proses Vaksinasi Untuk Bangsa Johor–TMJ

TMJ minta pastikan tiada rakyat Johor kelaparan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker