Sarawak tarik balik kebenaran makan di kedai



Sarawak tarik balik kebenaran makan di kedai

KUCHING: Sarawak menarik balik kebenaran ‘dine-in’ di premis makan berikutan penularan varian Delta COVID-19 di negeri ini.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata, keputusan itu dibuat bagi membolehkan Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak mengkaji semula dan menambah baik prosedur operasi standard (SOP) makan di premis dalam Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Justeru, buat sementara waktu, ‘dine-in’ adalah tidak dibenarkan sehingga SOP terkini dikeluarkan oleh Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak,” katanya.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mengumumkan Sarawak sebagai negeri kesembilan memasuki fasa kedua PPN bermula esok.




Susulan pengumuman itu, JPBN Sarawak mengeluarkan senarai aktiviti yang dibenarkan termasuk makan di premis menerusi akaun Facebook rasmi malam tadi.

Sementara itu, Pengarah Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Prof Dr David Perera, dalam laporannya kepada Pengerusi JPBN Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, hari ini memaklumkan 16 lagi varian Delta (B.1 617.2) dikesan di Kuching.

Ia menjadikan jumlah keseluruhan varian itu yang dikesan di Sarawak kini sebanyak 17.

Menurutnya, selain varian Delta, satu lagi kes baharu dari varian Beta (B.1.351) juga dikesan di Kuching. BH

Sarawak tarik balik kebenaran makan di kedai





Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Jumpa wanita 2 pagi bincang perkara sulit



Leave a Reply

Your email address will not be published.