Peserta ratu cantik Thailand cetus kluster Covid-19

Peserta ratu cantik Thailand disiasat cetus kluster Covid-19

Gara-gara menyertai pertandingan ratu cantik di Thailand bulan lalu, enam peserta berkemungkinan berdepan pertuduhan jenayah.

Amaran itu dibuat selepas mereka didapati melanggar SOP dengan tidak memakai pelitup muka ketika menyertai Pertandingan Miss Grand Samut Sakhon di Bangkok pada akhir Jun lalu, sehingga menyebabkan tercetusnya kluster baharu Covid-19.

Timbalan Penguasa Polis, Piya Tawichai, berkata 22 individu disahkan positif Covid-19, 13 daripadanya adalah peserta manakala enam lagi adalah pihak penganjur.

“Berkemungkinan lebih ramai terbabit dalam pertandingan ini termasuk peserta yang melanggar peraturan dan undang-undang.

“Pihak penganjur dibenarkan mengadakan pertandingan berkenaan, namun mereka perlu mematuhi 20 garis panduan ketat termasuk mengenakan pelitup muka.

“Orang ramai yang hadir menyaksikan acara itu tanpa memakai pelitup muka turut dikira melanggar undang-undang berkaitan perintah darurat dan pengawalan wabak,” katanya kepada wartawan di Bangkok hari ini.

Beberapa gambar di akaun Facebook rasmi acara itu menunjukkan finalis memakai gaun dan selempang, tanpa mengenakan pelitup muka atau mengamalkan penjarakan fizikal.

Hujung minggu lalu, kerajaan Thailand mengumumkan perintah berkurung di Bangkok dan sembilan lagi wilayah panas, berkuatkuasa esok. Ia turut menyekat sebarang pergerakan bermula jam 9 malam hingga 4 pagi.

Thailand ketika ini sedang berdepan gelombang ketiga jangkitan Covid-19 dengan 9,539 kes baharu diumumkan semalam termasuk 86 kematian.

Negara itu merekodkan 336,371 kes keseluruhan dengan 2,711 kematian manakala kebanyakan jangkitan dikesan sejak April lalu. FMT

Peserta ratu cantik Thailand cetus kluster Covid-19


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Jumpa wanita 2 pagi bincang perkara sulit

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker