‘Ya, Ada Barang Bukti’- Ini 4 Fakta Penahanan Nia Ramadhani & Ardi Bakrie Bila Kantoi Kes Dadah [VIDEO]

Sebaran :

‘Ya, Ada Barang Bukti’- Ini 4 Fakta Penahanan Nia Ramadhani & Ardi Bakrie Bila Kantoi Kes Dadah [VIDEO]

Dipetik daripada CNN Indonesia, aktres Nia Ramadhani dan suaminya, Ardi Bakrie telah ditahan oleh pihak polis atas dakwaan penyalahgunaan dadah.

Ketua Perhubungan Awam Polis Daerah Jaya Kombes, Yusri Yunus berkata pasangan suami isteri itu telah ditahan dan bahan bukti dijumpai bersama. Berikut adalah 4 fakta mengenai penahanan aktres Nia Ramadhani dan Ardi Bakrie.

Ketua Polis Daerah Sahkan Penahanan

Dalam pernyataan Ketua Polis Daerah, Yusri Yunus kepada wartawan, beliau akui pasangan suami isteri tersebut sedang ditahan dan menjalani penyelidikan di Balai Polis Jakarta Barat.

Beliau juga berkata perincian penahanan ini akan diadakan pada hari ini (8/7/2021) dalam sebuah sidang media.

Lokasi Penangkapan

Menurut sumber ada yang mengatakan pasangan suami isteri ini ditangkap di sebuah restoran yang terletak di wilayah Jakarta. Berdasarkan sumber lain pula, Polis Jakarta Barat telah menangkap pasangan suami isteri ini ketika berada di daerah Pondok Indah, Kebayoran Lama.

Ada Barang Bukti Bersama 

Ketika ditahan oleh pihak polis, Yusri berkata pihak mereka telah menjumpai bahan bukti bersama dengan pasangan tersebut. Bahan bukti yang dirampas adalah dadah jenis metafetamin dan jumlah beratnya tidak diketahui.

Semasa ditahan oleh pihak polis, Nia dan suaminya telah disyaki sedang mengambil dadah tersebut.

Tiada Respon Dari Pihak Nia Ramadhani 

Tular berita penangkapan aktres Nia dan suaminya, Ardi, pihak aktres ini tidak memberi sebarang respon sehingga sekarang. Malah situasi ini membuatkan ramai warganet yakin pasangan tersebut sudah lama menggunakan dadah.

‘Ya, Ada Barang Bukti’- Ini 4 Fakta Penahanan Nia Ramadhani & Ardi Bakrie Bila Kantoi Kes Dadah [VIDEO]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


 


 

Fara Mendoza Dedah Siapa Artis Wanita yg Ditahan Semalam..Siapa Jela Yang Duduk Nilai Tuh..

 


Sebaran :

Leave a Reply