Sultan Ibrahim kunjungi Sultan Selangor dan Sultan Perak

Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan berangkat menghadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah serta Sultan Perak Sultan Nazrin Shah, di Kuala Lumpur hari ini.

Perkara itu dimaklumkan menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim, dengan beberapa foto turut dikongsi di platform media sosial itu.

Hantaran tersebut turut memaklumkan pertemuan bersama Sultan Sharafuddin dan Sultan Nazrin sebagai adat orang Melayu yang berkunjung hormat bagi menjunjung kasih, setelah selesai urusan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-263 (Khas) di Istana Negara, semalam.



Hasil mesyuarat itu, Sultan Ibrahim telah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-17 untuk tempoh lima tahun bermula 31 Jan 2024.

Sultan Ibrahim akan menggantikan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang bakal menamatkan tempoh pemerintahan pada 30 Jan tahun depan.

Mesyuarat itu turut memilih Sultan Perak Sultan Nazrin Shah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong, bagi tempoh sama.

Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja semalam dipengerusikan oleh Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin, dihadiri oleh semua Raja-Raja Melayu, kecuali Kelantan dan Perlis.



– Bernama


Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Ira Kazar kena lagi dengan netizen

Main suami orang, Shakilla Khoriri ajak wanita Terengganu untuk berjumpa



Pelajar maut, motosikal meletup rempuh lori buat pusingan U

Monyet cabul pelancong, lakukan oral seks ketika mangsa tidur



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker