Jangan minta bantuan berulang kali – Abby Abadi

Jangan minta bantuan berulang kali – Abby Abadi

“Sudah dapat bantuan saya, minta pula artis lain. Jangan ambil kesempatan” – Abby Abadi

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon, Abby Abadi menitipkan pesanan kepada individu yang terjejas dek pandemik supaya tidak mengambil kesempatan dengan meminta bantuan berulang kali tanpa memikirkan orang lain.

Dedah Abby, ada segelintir individu yang menghantar pesanan dan menghubunginya berulang kali walaupun sudah menerima bantuan daripada pihaknya.

“Cuma saya pesan kepada yang memohon, jangan berkali-kali dan berlebih-lebih sangat ya. Ada rezeki InsyaAllah tapi tak perlu direct message (DM) berkali-kali, telefon saya berkali-kali juga. Sangat menggangu ya.

“Tabungan saya kecil, sudah dapat bantuan daripada saya minta pula dengan artis-artis lain dan selepas itu datang semula kepada saya. Nak lagi dan lagi. Habis yang belum pernah dapat macam mana?

“Takkan pernah selesai macam ini tapi harapnya jangan ambil kesempatan. Ingat orang belakang sama. Maaf ya,” tulis Abby menerusi Instagramnya.

Abby dalam perkongsian sama turut menyertakan nombor akaun untuk mana-mana pihak menyumbang dana ke Wallet Kasih PKP yang digerakkan oleh pelakon Gerak Khas ini.

Semalam, pelakon, Norkhiriah turut meluahkan insiden sama apabila ada segelintir individu sama keap menghubungi serta berkali-kali meminta bantuan daripadanya. Utusan

Jangan minta bantuan berulang kali – Abby Abadi


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Moratorium akan tingkatkan kos keseluruhan pinjaman

Dulu curi TV sekarang ikan – Bos Mydin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker