MKT Umno sebelum ini telah putuskan tak terima jawatan TPM

MKT Umno sebelum ini telah putuskan tak terima jawatan TPM. Majlis Kerja Tertinggi Umno telah memutuskan untuk tidak terima jawatan Timbalan Perdana Menteri, kata Ketua Pemudanya, Asyraf Wajdi Dusuki tidak lama selepas Pejabat Perdana Menteri mengumumkan pelantikan Ismail Sabri.

“Jauh sekali melobi,” kata Asyraf menepis dakwaan Umno melobi jawatan itu sebagai “berita palsu”.

“Lagipun daripada melobi jawatan timbalan perdana menteri, lebih baik melobi perdana menteri untuk tambah baik bantuan rakyat.

“Rakyat terdesak perlu bantuan, bukan jawatan TPM,” katanya di Facebook.

Sementara itu, bekas presiden Umno, Najib Razak terkejut dengan pelantikan Ismail, namun mengucapkan tahniah kepada beliau dan Hishammuddin Hussein, yang dilantik sebagai menteri kanan keselamatan.

“Ingat ada pengumuman baik untuk keadaan Covid-19, moratorium yang lebih membebankan peminjam atau penambahan i-Citra tapi dapat pengumuman timbalan perdana menteri dan menteri kanan baharu pula,” katanya.

“Apapun, kita tunggu dan lihat apa keputusan mesyuarat MKT Umno malam ini,” katanya di Facebook.

MKT Umno sebelum ini telah putuskan tak terima jawatan TPM

Ismail Sabri Dilantik sebaai TPM, Hisham Menteri Kanan

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker