Perebutan Kerusi Bagan Serai, Penyandang Terkejut Dengan Cita-Cita Wan Fayhsal

Perebutan Kerusi Bagan Serai, Penyandang Terkejut Dengan Cita-Cita Wan Fayhsal. Timbalan Menteri Kesihatan I, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali mengakui beliau terkejut apabila kerusi Parlimen Bagan Serai disandangnya ketika ini, didakwa bakal diserahkan kepada pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) lain pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Bekas ahli Parlimen UMNO yang menyertai Bersatu sewaktu pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) itu turut menegaskan beliau tidak pasti mengenai perkara itu kerana tidak pernah dimaklumkan oleh pucuk kepimpinan parti.

Jelas Dr Noor Azmi, keutamaan fokus perkhidmatan beliau adalah tertumpu kepada usaha membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menangani pandemik Covid-19 yang disifatkannya masih ‘ganas’ pada saat ini.

“(Soal serah kerusi Parlimen Bagan Serai) Saya tidak pasti.

Saya masih sibuk dengan Covid-19 ketika ini.

“Saya pun hairan (dengan berita itu).

Tumpuan saya hanya memfokuskan usaha menangani Covid-19 ketika ini.

“Covid-19 masih mengganas dan kami di KKM sedang berhempas-pulas menanganinya.

Bagi saya, nyawa rakyat Malaysia lebih penting (daripada desas-desus politik),”

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ketua Parti Armada Bersatu, Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal yang menafikan akan bertanding kerusi Parlimen Bagan Serai pada PRU15.

Jelas Wan Ahmad Fayshal, parti di mana-mana peringkat tidak pernah membuat keputusan berkenaan kerusi yang bakal ditandingi.

Penjelasan Wan Ahmad Fayshal itu dibuat sehari selepas beliau dilaporkan telah mengesahkan akan bertanding kerusi Parlimen kepada sebuah media tempatan.

Dalam satu temu bual eksklusif tersebut, Timbalan Menteri Belia dan Sukan itu mendakwa telah mendapat restu daripada Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau bagaimanapun menafikan laporan media berkenaan dan mengarahkannya ditarik balik.

Perebutan Kerusi Bagan Serai, Penyandang Terkejut Dengan Cita-Cita Wan Fayhsal


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Saya orang pertama yang menentang – Asyraf Wajdi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker