Resepi Kari Ikan Senangin Utara



Resepi Kari Ikan Senangin Utara

Bila cakap pasal utara ini kari memabg tak dapat dipisahkan. Macam-macam jenis kari ada. Tapi orang Utara suka sebut gulai daripada kari.

Ikan senagin ni memang sedap. Rasanya manis sangat dan kalau masak kari memang best rasanya. Rasapa pedas manis semua cukup.

Ha apa lagi, jom masak ikut resepi di bawah ni.

Bahan-Bahan:




Segala jenis ikan dibersihkan dengan asam jawa untuk hilangkn hanyir ikan.

Terpulang nak ikan apa, ikut citarasa memasing. Tapi ikan yang selalu orang buat kari, Ikan Senangin, Ikan Merah, Ikan Jenahak, Ikan Tenggiri, Ikan Nyok-nyok, Ikan Bawal, Ikan Kembung Lemak dan sebagainya.

[email protected] tangkai daun kari
1 bj bwg besar dihiris
3 biji bwg merah dihiris
5 ulas bwg putih dihiris
1 sk halba campur
2 paket rempah ikan
1 mangkuk air asam jawa
1 mangkuk santan
Bendi, Cabai Hijau, dan Tomato

Cara Memasak:

1. Bancuhkan rempah kari dengan air asam jawa, ketepikan.




2. Panaskn minyak, tumis halba campur. Kemudian masukkan bawang besar, bawang putih, bawang merah, dan daun kari sehingga kekuningan.

3. Masukkan campuran rempah tadi. Masak rempah sehingga betul-betul pecah minyak untuk dapatkan kari yang sedap dan tak berbau rempah.

4. Setelah itu, masukkn lebihan air asam jawa ke dalam periuk. Kemudian masukkan santan, biarkn mendidih sebentar.

5. Tambahkan air ikut banyak mana kuah nak. Masukkan ikan dan biarkan mendidih lagi. Masukkan bendi, cabai hijau dan tomato.

6. Perasakan dengan garam. Siap, tutup api dan boleh la buat sambal belacan dan ulaman. Makan dengan nasi panas-panas.




Resepi Oleh Ummu Ilham Humaira

Resepi Kari Ikan Senangin Utara


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Resepi Mee Hailam Kuah Pekat Banjir



Leave a Reply

Your email address will not be published.