Dini mahu beli rumah impian dengan Janna



Sebaran :

Dini mahu beli rumah impian dengan Janna

SEBAGAI bukti keseriusan dan persediaan masa depan, pelakon Dini Schatzmann kini dalam perancangan untuk membeli kediaman impian bersama kekasih hatinya, Janna Nick.

Katanya, impian yang sudah lama terpendam tersebut menunjukkan kesungguhan untuk membawa hubungan mereka ke fasa seterusnya, biarpun bukan dalam tempoh terdekat.

“Kami memang serius ingin mendirikan rumah tangga tetapi semua perancangan itu memerlukan masa yang panjang. Pada sama sama kita dahulukan rumah impian.



“Rancangan membeli kediaman selesa untuk persediaan masa depan juga sudah diperincikan. Janna menjadi pemangkin saya untuk bekerja lebih keras dan menabung.

“Buat masa ini saya kena kukuhkan kerjaya dan kewangan sebelum melangkah ke fasa itu. Paling penting kedua-dua belah keluarga tahu kami cukup serius dalam perhubungan,” katanya kepada Kosmo!


DINI menepis tanggapan bahawa hubungannya dengan Janna Nick terjejas dek perilakunya beraksi seperti wanita dalam sebuah video promosi produk menerusi Instagram baru-baru ini.

Enggan mendedahkan sasaran hari bahagia mereka, model dan aktor terbabit lebih selesa menumpukan perhatian terhadap perancangan kehidupan dan perniagaan.



Berhadapan dengan situasi sukar dalam senario pandemik Covid-19, akuinya banyak projek mahu pun kerja penggambaran yang terpaksa ditunda sehingga lockdown tamat.

Begitupun, rezeki anak muda berdarah campuran Melayu-Switzerland itu sentiasa ada apabila tetap diamanahkan membuat kempen produk menerusi laman sosialnya.

“Dalam situasi sekarang yang serba mencabar, kita perlu patuh kepada norma baharu. Jangan keluar jika tidak perlu dan teknologi juga banyak membantu memudahkan urusan.

“Sejak keadaan sukar ini berlaku, saya lebih banyak membuat kerja promosi menerusi Instagram. Banyak kempen untuk beberapa jenama dilakukan dalam talian.



“Sebagai langkah berjaga-jaga, kalau perlu sangat keluar atas urusan yang tidak boleh dielakkan, saya akan terus mandi sebaik sampai rumah,” kongsinya.

Sementara itu bintang Marry Me Senorita itu turut memaklumkan antara projek penting yang terpaksa ditangguhkan buat masa ini adalah renovasi pejabat.

“Saya dan Janna mempunyai pejabat yang dikongsi bersama, namun dalam proses renovasi lagi. Berikutan Perintah Kawalan Pergerakan dan sekarang dalam fasa diperketatkan, jadi projek itu ditangguhkan dahulu.

“Kita pun kena patuh supaya dapat putuskan rantaian penularan Covid-19 ini. Jika segala-galanya kembali seperti sediakala dengan penurunan kes, kami akan sambung semula kerja,” tambahnya.



Hubungan Dini dan aktres itu bukan lagi rahsia selepas masing-masing memaklumkan mula serius menjalin cinta pada pertengahan 2019.

Terdahulu, pada akhir bulan lalu Dini membuat kejutan pada ulang tahun ke-26 Janna dengan menghadiahkan sebuah motosikal jenis skuter.
K Online

Dini mahu beli rumah impian dengan Janna


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Ini soal hidup mati rakyat dan masa depan negara


Sebaran :


Leave a Reply