Ismail Sabri Dilantik sebaai TPM, Hisham Menteri Kanan

Sebaran :

 

Ismail Sabri Dilantik Timbalan Perdana Menteri, Hishammuddin Menteri Kanan.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pelantikan Datuk Sri Ismail Sabri bin Yaakob sebagai Timbalan Perdana Menteri dan kekal memegang portfolio Menteri Pertahanan berkuatkuasa serta merta,

Dalam pengumuman sebentar tadi Pejabat Perdana Menteri turut mengumumkan pelantikan Datuk Seri Hishammuddin bin Tun Hussein sebagai Menteri Kanan Kluster Keselamatan dan kekal sebagai Menteri Luar Negeri.

Hishammuddin juga akan membantu Perdana Menteri dalam dalam pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara.

Ketika mengumumkan pelantikan itu, Pejabat Perdana Menteri (PMO) berkata Hishammuddin Hussein pula dilantik sebagai Menteri Kanan, yang akan mengetuai kluster keselamatan yang sebelum ini disandang Ismail.

Di samping mengekalkan portfolio luar negeri, Hishamuddin akan membantu Perdana Menteri Muhyiddin Yassin melaksanakan Pelan Pemulihan Negara.

Kenyataan PMO berkata pelantikan ini diharap akan “memperkuatkan perpaduan dalam kalangan parti yang membentuk kerajaan”.

Pelantikan mereka juga diharap akan meningkatkan keupayaan kerajaan, khususnya dalam menghadpi wabak Covid-19, dan memperkukuhkan kerajaan dengan tadbir urus yang telus, bebas rasuah, dan beintegriti.

“Pelantikan ini akan dapat membantu Perdana Menteri menguruskan pentadbiran negara dan memenuhi keperluan rakyat dalam keadaan negara sedang menghadapi krisis kesihatan dan ekonomi pada masa ini,” kata kenyataan itu.

Pengumuman ini muncul dikala Umno diuar-uarkan sedang membincangkan cadangan menarik balik sokongan mereka kepada kerajaan.

Umno dari sejak tahun lepas lagi menuntut jawatan timbalan perdana menteri, memandangkan hanya seorang pemimpin menjadi menteri kanan walaupun ia mempunyai bilangan wakil rakyat terbanyak dalam blok kerajaan.

Menurut kenyataan media tersebut, kedua-dua pelantikan ini telah disembah maklum kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan berkuatkuasa serta-merta.

The Prime Minister’s Office (PMO) today announced the appointment of Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob as the deputy prime minister (DPM).

With the new appointment, Ismail Sabri will retain his portfolio as the defence minister.

“(Ismail Sabri’s) appointment will help Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin to manage the country’s administration and fulfil the needs of the people in the health and economic crisis facing the country,” the PMO said in a statement.

Meanwhile, Datuk Seri Hishammuddin Hussein has been appointed as the Senior Foreign Minister and would head the security cluster which was previously held by Ismail Sabri.

Ismail Sabri Dilantik Timbalan Perdana Menteri, Hishammuddin Menteri Kanan

 


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Hala tuju UMNO dalam PN ditentukan malam ini


Sebaran :

Leave a Reply