Adeeena Hijab sasar jual 10,000 selendang

Adeeena Hijab sasar jual 10,000 selendang

Adeeena Hijab optimis untuk mencapai sasaran menjual kira-kira 10,000 helai selendang keluarannya akhir tahun ini dengan disokong pemasaran secara dalam talian.

Pengasasnya, Lutfi Radin Damanhury berkata, idea menghasilkan tudung di bawah jenama Adeeena Hijab ini tercetus ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan tidak menyangka menerima sambutan menggalakkan daripada pelanggan.



Katanya, Adeeena Shawl ini juga dihasilkan menggunakan kain berkualiti terbaik, jahitan kemas, mudah dibentuk dan senang digosok.

“Kain yang kami gunakan ini juga sejuk dipakai, kainnya ‘bernafas’ dan disasarkan untuk eksekutif muda, dan pekerja barisan hadapan.

“Buat masa ini kami menyediakan 14 warna pilihan dengan tiga edisi keluaran iaitu Blush Edition, Bold Edition dan Natural Edition yang dijual pada harga RM49,” katanya kepada Bisnes Metro.



Menurutnya, dia yang sebelum ini bekerja sebagai ketua jabatan pemasaran di syarikat automotif turut terkesan akibat pandemik Covid-19 dan akhirnya memilih cabang baharu dengan mengeluarkan selendang di bawah jenama Adeeena.

Lutfi berkata, walaupun baru lagi dalam pasaran, namun Adeeena Hijab mendapat kepercayaan ejennya yang aktif mempromosikan produk ini secara dalam dan luar talian.

Beliau berkata, pihaknya menyasarkan 50 ejen Adeeena Shawl menjelang akhir tahun ini termasuk di Singapura dan Brunei.

“Selain pasaran Malaysia, tahun ini kami akan meluaskan pasaran ke Singapura dan Brunei kerana sudah mendapat permintaan di sana.



“Kami mengalu-alukan mereka yang berminat menjadi ejen dengan modal serendah RM560 dan untuk melihat sendiri koleksi Adeeena Shawl di laman media sosial kami,” katanya. HM

Adeeena Hijab sasar jual 10,000 selendang


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Moratorium akan tingkatkan kos keseluruhan pinjaman

Dulu curi TV sekarang ikan – Bos Mydin



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker