Moratorium akan tingkatkan kos keseluruhan pinjaman

Moratorium akan tingkatkan kos keseluruhan pinjaman

Bank Negara: Moratorium akan tingkatkan kos keseluruhan pinjaman

Dengan bank bersedia menerima permohonan moratorium mulai esok, Bank Negara Malaysia (BNM) mengingatkan peminjam bahawa langkah itu boleh meningkatkan kos keseluruhan pinjaman mereka.

Dalam kenyataan hari ini, BNM berkata bank tidak akan mengenakan faedah berganda (compounding interest) – atau sebarang faedah penalti – apabila pembayaran ditangguhkan.

Bagaimanapun, faeadah/keuntungan masih tetap diakru (terkumpul atau bertambah sedikit demi sedikit) terhadap bayaran yang ditangguh.

“Bank perlu memberikan maklumat kepada peminjam berhubung kesan terhadap bayaran ansuran dan tempoh pembiayaan.

“Apabila peminjam memohon agar bayaran rendah dikekalkan selepas moratorium (berbanding bayaran asal), ini menyababkan tempoh pembiayaan ditangguhkan untuk masa lebih lama,” katanya.

Ini bermakna faedah akan dikenakan terhadap hutang pokok sepanjang moratorium enam bulan.

Bagaimana ia akan memberi kesan kepada bayaran bulanan nanti bergantung kepada bank, tetapi ia tetap akan menyebabkan peningkatan kepada kos keseluruhan pinjaman.

Sementara itu, BNM berkata mereka yang layak untuk mendapat moratorium di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) akan dapat membuat permohonan bermula esok.

Selain itu, bank turut menawarkan pengurangan bayaran bulanan dan pakej lain, termasuk penjadualan dan penstrukturan semula pembiayaan.

Kelulusan akan diberi secara automatik dan peminjam tidak perlu menyertakan dokumen sokongan.

Ia juga tidak akan memberi kesan kepada rekod Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) mereka.

Menurut BNM, peminjam boleh membuat permohonan secara dalam talian atau dengan menelefon bank, selain berkunjung sendiri ke cawangannya.

Bantuan ini terpakai untuk pinjaman yang diluluskan sebelum 1 Julai dan peminjam tidak boleh memiliki tunggakan bayaran melebihi 90 hari atau sedang berdepan prosiding muflis ketika memohon.

Mereka yang memiliki tunggakan bayaran lebih 90 hari digesa menghubungi Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) yang menyediakan bantuan pembayaran semula dan khidmat nasihat kewangan percuma.

BNM turut menggesa peminjam yang berdepan kesukaran dengan bank atau jika bayaran ansuran mereka meningkat secara tidak wajar agar berhubung dengan pihaknya. Mk

Moratorium akan tingkatkan kos keseluruhan pinjaman


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Mila terkilan dituduh jual durian harga Yahudi

Asyraf Wajdi, Tun Faisal berperang di FB

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker