Lelaki ada masalah peribadi jatuh bangunan

Lelaki ada masalah peribadi jatuh bangunan

JOHOR BAHRU – Seorang pemuda ditemui maut selepas jatuh bangunan kediaman Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sungai Melana, Taman Perling di sini malam semalam.

Dalam kejadian pada pukul 9.05 malam itu, mangsa yang berusia 23 tahun ditemui meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada anggota badan.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupiah Abd. Wahid berkata, siasatan awal mendapati lelaki terbabit mempunyai masalah peribadi.

“Hasil maklumat awam pada pukul 9.05 malam semalam, polis telah menjumpai mayat seorang lelaki terjatuh dari bangunan di PPR di sekitar Taman Perling di sini.

“Hasil siasatan mendapati lelaki berkenaan mempunyai masalah peribadi dan tiada unsur jenayah dalam kejadian ini,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Rupiah berkata, mayat dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini untuk bedah siasat.

Katanya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan polis masih menyiasat kes berkenaan.

“Pihak polis menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes ini boleh menghubungi IPD Johor Bahru Utara ditalian 07-5563122,”katanya. K Online

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Lelaki ada masalah peribadi jatuh bangunan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Mila terkilan dituduh jual durian harga Yahudi

Asyraf Wajdi, Tun Faisal berperang di FB

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker