Terima kasih Zahid, Umno atas sokongan



Terima kasih Zahid, Umno atas sokongan, kata Ismail

Ismail Sabri Yaakob berterima kasih kepada Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi dan kepemimpinan partinya atas sokongan diberikan.

Beliau berkata, sokongan diberikan itu bukanlah satu keistimewaan, sebaliknya amanah dan tanggungjawab yang berat khususnya ketika negara menghadapi pandemik Covid-19.

“Terima kasih atas sokongan Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi dan seluruh kepimpinan parti. Terima kasih juga kepada Ahli Parlimen, pemimpin parti politik dan seluruh rakyat Malaysia,” katanya.

Ismail turut berterima kasih kepada Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin atas kepercayaan diberikan.




“Ini merupakan amanah yang perlu digalas dengan ikhlas, jujur demi kestabilan politik, ekonomi, kemakmuran negara dan dalam usaha menjayakan Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Doa saya semoga kita semua tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman politik dapat bersama-sama membawa Malaysia mencapai masa depan yang lebih cemerlang,” katanya. FMT

Terima kasih Zahid, Umno atas sokongan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU





Moratorium akan tingkatkan kos keseluruhan pinjaman

Dulu curi TV sekarang ikan – Bos Mydin



Leave a Reply

Your email address will not be published.