TPM terus arah wujudkan lagi hospital medan ATM di HTAR

TPM terus arah wujudkan lagi hospital medan ATM di HTAR.  Berikutan situasi samasa jangkitan COVID-19 di Selangor yang semakin meningkat, sebuah lagi Hospital Medan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan diwujudkan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ia bagi menyokong kesiapsiagaan perkhidmatan kesihatan di Selangor dan membantu Kementerian Kesihatan (KKM) menangani situasi pandemik COVID-19 di negeri tersebut ketika ini.
“Sehingga kini, KKM mengesahkan purata kes harian di negeri Selangor dalam tempoh 14 hari kebelakangan menunjukkan trend peningkatan secara mendadak dengan jumlah kluster yang semakin meningkat.
“Berdasarkan situasi ini, kerajaan bersetuju untuk menubuhkan satu lagi Hospital Medan ATM di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang,” katanya dalam kenyataan perkembangan Pelan Pemulihan Negara (PPN) hari ini.
Selangor terus melaporkan kes harian tertinggi COVID-19 dengan merekodkan 4,152 kes hari ini, daripada 8,868 kes baharu seluruh negara.

TPM terus arah wujudkan lagi hospital medan ATM di HTAR


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ahli Parlimen Barisan Nasional Sepakat Kekal Sokong Perikatan Nasional [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker