Puad kata Pelantikan TPM untuk ‘checkmate’ UMNO

 

Puad kata Pelantikan TPM untuk ‘checkmate’ UMNO. Ismail Sabri Yaakob perlu patuh kepada keputusan ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno bahawa tidak akan menuntut atau menerima jawatan Timbalan Perdana Menteri, kata Puad Zarkashi.

Ahli MKT Umno itu berkata, sebarang pelantikan seharusnya dirujuk dengan kepimpinan tertinggi parti terlebih dahulu.



“Kenapa pelantikan ni tidak dibincang dengan kepimpinan Umno. MKT Umno sudah putuskan di Janda Baik bahawa Umno letak ‘full stop’ isu TPM.

“Sepatutnya, Ismail Sabri kena patuh atau rujuk parti dahulu sebab ini keputusan MKT,” katanya kepada FMT

Beliau turut berpendapat pelantikan itu bagi mematikan langkah Umno dalam isu menarik sokongan daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Pelantikan ini untuk ‘checkmate’ Umno. Macam dulu dia ‘checkmate’ Umno dengan darurat. Dia tahu Umno nak putuskan mengenai hubungan dengan PN.



“Kebetulan MKT akan bermesyuarat hari ini. Kalau PM (Muhyiddin Yassin) serius, sepatutnya pelantikan ini berlaku bila kerajaan ditubuhkan, kenapa sekarang baru mahu lantik bila Umno nak tarik sokongan,” katanya yang menyifatkan pelantikan itu sebagai usaha memecahbelahkan Umno.

Beliau berkata, pelantikan dua menteri Umno sebagai anggota penting dalam kerajaan juga tidak menyelesaikan masalah rakyat, dan hanya berkisar kepada agenda politik iaitu menyelamatkan survival kerajaan PN hari ini.

“Pelantikan ni bukan selesaikan masalah rakyat tetapi masalah PM dengan Umno kerana bimbang keputusan Umno tarik balik sokongan,” katanya.

Terdahulu, Pejabat Perdana Menteri mengumumkan pelantikan Ismail sebagai Timbalan Perdana Menteri berkuatkuasa serta-merta, pada masa sama kekal memegang portfolio Menteri Pertahanan.



Hishammuddin Hussein pula dilantik sebagai Menteri Kanan Luar Negeri.

Puad kata Pelantikan TPM untuk ‘checkmate’ UMNO

Hisham zahirkan ucapan terima kasih, terima lantikan Menteri Kanan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker