Hisham zahirkan ucapan terima kasih, terima lantikan Menteri Kanan

Hisham zahirkan ucapan terima kasih, terima lantikan Menteri Kanan. Melalui satu status dilaman FB rasmi beliau, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien menzahirkan ucapan terima kasih kepada Muhyiddin Yassin atas kepercayaan melantik beliau sebagai Menteri Luar Kanan.

Beliau yang akan mengetuai Kluster Keselamatan bagi membantu YAB Perdana Menteri dalam pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara menggantikan Datuk Seri Ismail Sabri  yang dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

” Saya sedar dan insaf, dalam berdepan pandemik #COVID19, tanggungjawab dan harapan rakyat cukup besar. InsyaAllah saya akan galas tanggungjawab ini sebaiknya.
Saya juga percaya, hanya dengan stabiliti, kesatuan dan kerjasama daripada semua pihak, kita mampu keluar daripada krisis ini bersama-sama.
Percayalah, apa jua jawatan dan kedudukan yang diamanahkan, pendirian saya tetap sama – hanya mahu bekerja demi rakyat dan negara dengan seikhlas hati.
Lantikkan ini dibuat susulan daripada mesyuarat MKT UMNO yang bakal diadakan oada malam ini yang bakal memutuskan keputusan akhir UMNO samada kekal dalam Kerajaan PN atau pun sebaliknya.

Hishammuddin zahirkan ucapan terima kasih, terima lantikan Menteri Kanan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker