Resepi dalca tulang tanpa santan

Sebaran :

Resepi dalca tulang tanpa santan

Bagi yang pantang untuk makan makanan bersantan, ini adalah menu untuk anda. Lagipun dalca tanpa santan boleh disimpan lama berbanding yang bersantan.

Dalca Tulang Tanpa Santan Yang Sangat Sedap

Bahan bahan:



1 kg tulang lembu
5 sudu besar serbuk kari daging – 60 gram
1 cawan kacang dal – direbus
2 kuntum bunga lawang
1 inci kayu manis
2 kuntum bunga cengkih
2 liter air
1- 1 ½ sudu besar garam
1- 1 ½ sudu kecil pes asam jawa
¾ cawan minyak masak

Bahan kisar:

10 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
2 inci halia

Bahan Sayuran:



3-4 biji ubi kentang – belah empat
2 batang lobak merah – potong panjang 1 inci
2-4 biji terung bulat – potong
1 mangkuk bunga kobis
2 biji tomato belah empat
3 batang cili hijau – potong 2
1 mangkuk kacang buncis

Bahan Tumis:

2 sudu minyak masak
8 biji bawang merah – hiris
2 tangkai daun kari

Cara cara:



Tulang direbus dengan 2 liter air bersama kacang dal sehingga empuk. Saya masak guna periuk tekanan selama 25 minit. Nota: kalau masak guna periuk biasa, bolehlah direndam kacang dal satu malam supaya cepat empuk.

Sementara daging direbus, panaskan minyak dan tumis rempah sekawan dengan bahan kisar sehingga naik bau. Masukkan rempah kari daging dan kacau rata lagi sehingga garing. Masukkan air dan biarkan sehingga terbit minyak.

Setelah daging empuk, tuang bahan tumis ke dalam kuah daging. Kacau rata dan masak sehingga mendidih.

Masukkan santan, jika suka. Santan adalah opsyenal. Nota: saya tak masukkan santan. Warna akan lebih pucat jika menggunakan santan.

Masukkan sayuran dari yang keras sehingga yang mudah lembut dan masak sehingga lembut. Akhir sekali, masukkan tomato, pes asam jawa dan garam. Renihkan seketika.

Di dalam kuali lain, panaskan minyak dan tumis bawang hiris dan daun kari sehingga keperangan. Tuang ke dalam periuk sekali dengan minyak. Jangan dikacau. Tutup periuk dan biarkan selama beberapa minit sebelum dikacau.

Sedap dimakan dengan nasi minyak, nasi tomato atau dicicah dengan roti canai dan roti putih. Selamat mencuba…
Azie Kitchen

Resepi dalca tulang tanpa santan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Moratorium akan tingkatkan kos keseluruhan pinjaman

Dulu curi TV sekarang ikan – Bos Mydin


Sebaran :

Leave a Reply