Siapa Ronnie Liu persoal pangkat, tugas polis

Siapa Ronnie Liu persoal pangkat, tugas polis

Siapa Ronnie Liu persoal pangkat, tugas polis – CUEPACS

Kongres Kesatuan Pekerja-​Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berasa kesal dengan tindakan biadab oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pelek, Ronie Liu yang melakukan provokasi dan menghalang penjawat awam daripada menjalankan tugas dalam satu kejadian di Raub, Pahang Isnin lalu.



Lebih memalukan tindakan tersebut dilakukan oleh seorang individu yang sepatutnya menjadi contoh tauladan baik kepada masyarakat.

Presiden CUEPACS, Adnan Mat menyifatkan tindakan Ronnie itu hanya mencerminkan jati dirinya yang jelas melanggar prinsip kedaulatan undang-undang serta kesopanan dan kesusilaan yang terkandung dalam Rukun Negara.

Sekiranya tindakan beliau itu dilakukan hanya kerana mahu bermain politik, ia sepatutnya tidak melibatkan penjawat awam yang hanya mahu melaksanakan tugas dengan baik serta terkawal.

Jelas beliau, tindakan Ronnie mengeluarkan kata-kata provokasi terhadap pegawai polis bertugas seperti “Pangkat apa? Balai mana? Apasal jahat sangat? Siapa You?” jelas menunjukkan beliau tidak menghormati undang-undang dan penjawat awam yang bertugas.



Sepatutnya beliau tidak perlu bertanyakan pangkat dan di mana pegawai polis tersebut bertugas.

”Adakah Ronnie Liu hanya akan mendengar arahan daripada pegawai yang berpangkat tinggi sahaja?

”Dalam hal ini CUEPACS ingin mempersoalkan siapakah Ronnie Liu dan apakah kepentingan beliau sehingga sanggup bertindak biadap sedemikian rupa. Sebagai ahli politik yang berpengalaman beliau sepatutnya lebih bijak mengawal emosi dan sedar dengan akan kesan bagi setiap tindakan yang dilakukan,” tegasnya.

Adnan berkata, CUEPACS berharap agar semua pihak memberikan kerjasama yang baik dan tidak sesekali mengganggu tugasan penjawat awam dalam melaksanakan tanggungjawab mereka.



Tindakan yang sengaja membuat provokasi kepada penjawat awam patut diberikan tindakan yang tegas sebagai pengajaran kepada semua pihak apatah lagi jika melibatkan pemimpin masyarakat seperti ahli-ahli yang berhormat yang bertindak di luar norma kebiasaan dan ia suatu budaya yang tidak sihat dan memberi teladan yang kurang baik kepada masyarakat umum.

Sedangkan peraturan dan undang-undang adalah merupakan pusat rujukan kita semua dalam menyelesaikan sebarang permasalahan, jelas beliau.

Dalam masa yang sama CUEPACS mengucapkan tahniah kepada pegawai polis yang terbabit kerana berjaya mengawal situasi walaupun menerima provokasi.

Katanya, CUEPACS sentiasa memberikan sokongan kepada penjawat awam bagi memastikan mereka melaksanakan tugas tanpa rasa gentar selagi mana ia tidak menyalahi peraturan dan undang-undang sedia ada.



Malah, semua anggota masyarakat diharap dapat memberikan sokongan moral kepada penjawat awam yang berani untuk mempertahankan tanggujawab mereka walaupun kadangkala dicabar atau diherdik oleh sesetengah pihak yang tidak mahu memahami peranan dan fungsi penjawat awam dalam melaksanakan tugas. MG

Siapa Ronnie Liu persoal pangkat, tugas polis


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Moratorium akan tingkatkan kos keseluruhan pinjaman

Dulu curi TV sekarang ikan – Bos Mydin



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker