Covid-19 : 7097 kes baharu hari ini

Covid-19 : 7097 kes baharu hari ini

7,097 kes baharu, Selangor, KL kekal empat angka

MACAM semalam, kes baharu COVID-19 yang dilaporkan Kementerian Kesihatan (KKM) masih melebihi angka 7,000 dengan lebih separuh kes adalah di Selangor dan Kuala Lumpur.



Keseluruhannya sebanyak 7,097 kes baharu COVID-19 dilapor hari ini dengan 3,119 dikesan di Selangor.

Ini diikuti Kuala Lumpur dengan 1,005 kes dan Negeri Sembilan, 788 kes.

Jumlah kes di Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan jika dicampur mewakili kira-kira 70 peratus penularan hari ini.

Semalam, kes harian COVID-19 kembali melonjak dengan 7,645 penularan selepas kali terakhir melepasi angka 7,000 pada 5 Jun lalu.



Sementara itu, turut melaporkan kes yang tinggi hari ini ialah Melaka dengan 358 kes manakala Pahang yang sudah beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara mencatatkan 258 kes.

Sarawak pula melaporkan 289 kes manakala Sabah sebanyak 244 kes.

Terendah hari ini ialah Perlis dengan dua kes manakala Putrajaya (26 kes) dan Terengganu mencatatkan 43 kes.

Enam negeri kini sudah beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara iaitu Perlis, Terengganu, Kelantan, Pahang, Perak dan terbaru Pulau Pinang.



Baca artikel berkaitan: Tepat sebulan, kes baharu COVID-19 naik semula cecah 7,654

Tapak Bina Damanlela 2 cetus 630 kes positif COVID-19

Berikut pecahan kes mengikut negeri.

Pecahan setiap negeri (Kumulatif):
Selangor – 3,119 (268,841)
WPKL – 1,005 (83,909)
Johor – 224 (73,386)
Sabah – 244 (71,189)
Sarawak – 289 (67,560)
Negeri Sembilan – 788 (49,417)
Pulau Pinang – 140 (35,817)
Kelantan – 123 (35,616)
Perak – 187 (27,974)
Kedah – 198 (27,061)
Melaka – 358 (20,357)
Pahang – 258 (15,235)
Terengganu – 43 (11,521)
WP Labuan – 93 (8,858)
WP Putrajaya – 26 (2,448)
Perlis – 2 (601)



Covid-19 : 7097 kes baharu hari ini


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Moratorium akan tingkatkan kos keseluruhan pinjaman



Dulu curi TV sekarang ikan – Bos Mydin



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker