Cukup-cukuplah buat spekulasi, jangan tambah dosa

Cukup-cukuplah buat spekulasi, jangan tambah dosa

Cukup-cukuplah buat spekulasi, jangan tambah dosa – Ahmad Zahid

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menasihatkan agar sesetengah pihak tidak terus menerus membuat pelbagai spekulasi mengenai parti itu.

“Cukup-cukuplah membuat pelbagai spekulasi dan khabar angin yang menambahkan lagi dosa kering.

“Jangan ditambah dosa kering, dosa yang ada pun tidak terkira banyaknya, ibarat buih-buih dilautan banyaknya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Minggu ini, UMNO terpalit pelbagai kontroversi antaranya, spekulasi ingin menarik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Ia dikuatkan lagi dengan pertemuan khas antara Ahli-ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang dibuat pada malam Isnin lalu.

Pertemuan baru-baru ini didakwa meminta Ahmad Zahid tidak membuat membuat keputusan terburu-buru mengenai masa depan parti tersebut.

Laporan sumber kepada MalaysiaGazette turut menyatakan keputusan untuk menarik diri daripada kerajaan pula tidak dibincangkan kerana ia tidak sesuai ketika ini.

Ahmad Zahid juga menasihatkan agar ahli-ahli parti dan semua rakyat bertenang dengan pelbagai spekulasi yang timbul mengenai UMNO.

“Jangan terlalu ikutkan hati dan perasaan gelabah menyerang itu dan ini. Nasihat saya tenang-tenang sahaja.

“Dalam hidup perlu bertenang. Jika kurang bertenang boleh “stress“. Kalau “stress” terjejas kesihatan,” katanya lagi. MG

Cukup-cukuplah buat spekulasi, jangan tambah dosa


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Moratorium akan tingkatkan kos keseluruhan pinjaman

Dulu curi TV sekarang ikan – Bos Mydin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker