Siar mesyuarat jawatankuasa Parlimen di televisyen – Azalina

Sebaran :

Siar mesyuarat jawatankuasa Parlimen di televisyen – Azalina

Mesyuarat jawatankuasa Parlimen harus disiarkan secara “langsung” agar masyarakat lebih terlibat dalam proses demokrasi, kata Timbalan Speaker Dewan Rakyat Azalina Othman Said.

“Jika kita melihat dari sisi positif, ini adalah masa terbaik bagi jawatankuasa pilihan (SC) untuk berjalan pada masa nyata (‘real time’), seperti yang dibuat di kebanyakan negara,” katanya dalam webinar bertajuk “Should Parliament Be a Full-Time Institution” (Perlukah Parlimen Menjadi Institusi Sepenuh Masa), yang dianjurkan oleh Pusat Jeffrey Sachs hari ini.

Jika disiarkan dan mendapat penyertaan masyarakat, ini akan membenarkan dialog berterusan antara masyarakat, Ahli Parlimen dan agensi berkenaan, tambahnya.

“Teknologi akan menjadi kelebihan besar untuk membantu proses demokrasi. Ini pandangan peribadi saya,” katanya ketika menjawab soalan moderator Wong Chin Huat sama ada mesyuarat Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dan SC khas harus disiarkan di televisyen.

Tambahnya, SC khas harus digunakan sebagai alat alternatif untuk menganjurkan akauntabiliti dan ketelusan badan eksekutif.

Beliau berkata, oleh sebab jawatankuasa berkenaan berjalan seiring dengan sesi Parlimen, mereka patut dibenarkan mengadakan mesyuarat.

Terdahulu, Azalina, yang juga pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Hal Ehwal Wanita Dan Kanak-Kanak Dan Pembangunan Sosial, berkata, beliau “bingung” kenapa kerajaan tidak dapat atau enggan mudahkan sidang Parlimen semasa darurat seperti dilakukan di negara lain.

“Ahli Parlimen yang menganggotai jawatankuasa pilihan khas seperti saya tidak dapat secara rasmi mengadakan libat urus dengan birokrat dan pakar teknikal berkenaan isu yang memberi kesan kepada rakyat,” katanya.

Tambahnya, dengan fungsi cabang perundangan lumpuh dan kegiatan jawatankuasa pilihan khas dihentikan, katanya, cabang eksekutif nampak seperti bebas memerintah hal ehwal negara sepanjang darurat berkuat kuasa.

Bagaimanapun, Pejabat Perdana Menteri (PMO) baru-baru ini mengumumkan bahawa Muhyiddin Yassin akan menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk memanggil Parlimen bersidang semula bagi suatu “mesyuarat khas” pada 26 Julai.

Dalam kenyataan, PMO memaklumkan kerajaan bersetuju menasihati Agong supaya mesyuarat khas Penggal Ketiga Parlimen Keempat Belas diadakan selama lima hari mulai 26 hingga 29 Julai dan 2 Ogos 2021 bagi Dewan Rakyat dan tiga hari mulai 3 hingga 5 Ogos 2021 bagi Dewan Negara.

“Ini bertujuan untuk memberi penerangan kepada Ahli Parlimen mengenai Pelan Pemulihan Negara dan meminda semua perundangan dan peraturan bagi membolehkan persidangan Parlimen diadakan secara hibrid,” katanya. FMT

Siar mesyuarat jawatankuasa Parlimen di televisyen – Azalina


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Moratorium akan tingkatkan kos keseluruhan pinjaman

Dulu curi TV sekarang ikan – Bos Mydin


Sebaran :

Leave a Reply