Bos Empayar LVMH Bernard Arnault Manusia Paling Kaya Di Dunia

Bos Empayar LVMH Bernard Arnault Manusia Paling Kaya Di Dunia

NEW YORK – Senarai terbaharu majalah Forbes menamakan bilionair, Bernard Arnault sebagai manusia paling kaya di dunia dengan nilai kekayaan bersih mencecah AS$192.0 bilion (RM844.70 bilion), lapor Bloomberg semalam.

Ini bukan kali pertama beliau menjadi orang terkaya di dunia kerana ahli perniagaan Perancis tersebut pernah dinobatkan sebagai bilionair paling kaya dalam tahun 2019, 2020 dan 2021, namun untuk tempoh yang singkat.

Arnault, 73, merupakan pengasas bersama empayar LVMH yang menjual produk mewah serta kecantikan seperti jenama Louis Vuitton dan Sephora selain merupakan firma mewah terbesar dunia dengan lebih 175,000 pekerja serta 5,500 kedai.

Pada November 2022, nilai pasaran LVMH adalah sekitar €371 bilion (RM1.7 trilion), demikian menurut pengiraan Statista, menjadikannya salah sebuah syarikat paling bernilai di dunia dan mendahului Mastercard, Chevron serta Nestle.

 

Menurut Indeks Bilionair Bloomberg, pada 13 Disember tahun lalu, dengan anggaran kekayaan sebanyak AS$171 bilion (RM751.97 bilion) membolehkan Arnault bergelar manusia terkaya di dunia untuk seketika dan memintas Elon Musk yang dianggarkan mempunyai kekayaan AS$164 bilion (RM721.19 bilion).

Pengasas kenderaan elektrik, Tesla dan pemilik Twitter serta SpaceX berusia 51 tahun itu sebelum ini merupakan manusia terkaya dunia. Beliau kini menduduki tempat kedua dengan nilai kekayaan bersih AS$140.5 bilion (RM613.13 bilion).

Beliau ialah pengasas dan pengerusi Kumpulan Adani iaitu sebuah konglomerat multinasional dengan perniagaan merangkumi sektor tenaga, perlombongan, pelabuhan dan lapangan terbang.

Adani memiliki pelabuhan komersial terbesar di India dan mempunyai kepentingan saham Lapangan Terbang Antarabangsa Mumbai yang merupakan lapangan terbang kedua paling sibuk di negara itu.

Bilionair Amerika Syarikat (AS), Warren Buffett, 92, adalah orang keempat terkaya di dunia dengan nilai kekayaan bersih AS$109.3 bilion (RM480.3 bilion) dan beliau juga memiliki firma Berkshire Hathaway dan berpuluh-puluh syarikat lain seperti Duracell, syarikat insurans Geico serta rangkaian restoran Dairy Queen.

Pengerusi dan pengasas syarikat Amazon, Jeff Bezos, 58, dari AS ialah orang kelima terkaya di dunia, demikian menurut Senarai Bilionaire Forbes dengan nilai bersih semasa syarikat gergasi itu ialah AS$108.4 bilion (RM476.69 bilion).

Tempat keenam milik Larry Ellison, 78, dari AS yang merupakan pengasas syarikat gergasi perisian, Oracle dan mempunyai nilai kekayaan bersih sebanyak AS$104.9 bilion (RM461.30 bilion).

Pengasas bersama Microsoft, Bill Gates, 67, dari AS ialah individu ketujuh terkaya di dunia dengan nilai bersih kekayaan semasanya mencecah AS$102.3 bilion (RM449.86 bilion).

Seorang lagi warga India, Mukesh Ambani, 65, yang merupakan pengasas dan Pengerusi Reliance Industries di negara itu muncul orang kelapan terkaya di dunia dengan nilai kekayaan bersihnya berjumlah AS$88.1 bilion (RM387.42 bilion).

Ahli perniagaan Mexico, Carlos Slim Helu, 82, dan keluarganya menduduki tangga kesembilan dengan nilai kekayaan bersih sekitar AS$83 bilion (RM364.99 bilion).

Tempat kesepuluh ialah milik pengasas bersama dan ahli lembaga pengarah Google, Larry Page, 49, dengan nilai kekayaan bersih AS$77.3 bilion (RM339.93 bilion). – AGENSI

Bos Empayar LVMH Bernard Arnault Manusia Paling Kaya Di Dunia

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


KKM sah pecat doktor HKL yang biadab dan kurang ajar dengan Najib

Suami Isteri dicekup khalwat, kad nikah jadi penyalamat

Pendakwa GAGAL buktikan wang masuk dari MOF Saudi bukanlah derma

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker