Dendam punca majikan wanita di bunuh bekas pekerja

Dendam punca majikan wanita di bunuh bekas pekerja

SEGAMAT – Dendam seorang lelaki terhadap bekas majikannya berakhir tragedi apabila wanita itu maut akibat ditetak di Jalan Ladang Sungai Labis, di sini, Khamis lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, wanita berusia 35 tahun tersebut ditetak dengan parang pada leher dan beberapa anggota badan.

Lelaki berkenaan merupakan bekas penjaga kandang lembu milik mangsa dan telah berhenti dua bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Ahmad Zamry Marinsah berkata, suspek merupakan warga tempatan berusia 45 tahun dan telah berkeluarga.

“Kejadian dipercayai bermula dengan pertengkaran disebabkan dendam lama.

“Pergaduhan itu berlanjutan dengan suspek yang menaiki sebuah motosikal kemudian menetak mangsa yang juga sedang menunggang motosikal dengan sebilah parang.

“Melihat kepada keadaan mangsa yang cedera parah, suspek terus melarikan diri dari lokasi kejadian,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat di sini hari ini.

Menurut Ahmad Zamry, lelaki berkenaan ditahan di sebuah restoran di sekitar Labis kira-kira pukul 10 malam kelmarin.

Katanya, suspek tidak mempunyai pekerjaan tetap serta memiliki satu rekod jenayah dan dua rekod lampau berkaitan dadah.

Jelasnya, suspek menggunakan motosikal Honda dilaporkan hilang pada 23 March 2020 di sekitar Labis.

“Turut ditahan seorang lagi lelaki yang juga warga tempatan berusia 37 tahun bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Polis turut merampas parang yang dipercayai digunakan ketika kejadian, seutas rantai emas, seutas tali warna kekuningan, telefon bimbit dan dua unit televisyen litar tertutup (CCTV),” katanya.

Kedua-dua lelaki direman sehingga Khamis ini. K Online

Dendam punca majikan wanita di bunuh bekas pekerja


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rumah tangga Sakinah, Michael telah berakhir?

Tragedi Berdarah: Kakak baling pisau bunuh adik angkara berebut tempat duduk

Jiran samseng undang kecaman warga maya [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker