Pengampunan DiRaja Anwar Dibuat Ketika Tiada Peguam Negara Dan Menteri Wilayah

sebarang permohonan dan kelulusan pengampunan perlu melibatkan Peguam Negara serta Menteri Wilayah Persekutuan

Oleh Tun Teja

ISU Pengampunan DiRaja Anwar Ibrahim sedang hangat diperkatakan. Ianya dikatakan tidak sah dan masih dicabar dalam mahkamah kerana sebarang permohonan dan kelulusan pengampunan perlu melibatkan Peguam Negara serta Menteri Wilayah Persekutuan. Asalnya kuasa pengampunan merupakan kuasa budi bicara institusi Beraja

Perkara 42(4)(a), Perlembagaan Persekutuan meletakkan syarat bahawa kuasa pengampunan itu hendaklah dijalankan mengikut nasihat Lembaga Pengampunan.



Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan, sebagaimana diperuntukkan dalam Perkara 42(5), dibaca secara bersama dengan Perkara 42 ( 11 ) itu terdiri daripada Peguam Negara Persekutuan, Menteri yang bertanggungjawab bagi Wilayah Persekutuan dan tidak lebih daripada tiga orang anggota lain dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.

Mengikut Perkara 42( 8 ) mesyuarat Lembaga Pengampunan hendaklah bermesyuarat dengan dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong. Perkara 42( 9 ) pula menyatakan bahawa sebelum memberikan nasihat kepada Yang di-Pertuan Agong, Lembaga Pengampunan hendaklah menimbangkan apa-apa pendapat yang mungkin diberikan Peguam Negara mengenai perkara itu.

Ketika Anwar diampunkan dan dibebaskan pada 16 Mei 2018, tiada siapa yang menjawat sebagai Peguam Negara sejak 12 Mei 2018 iaitu selepas PRU14 setelah kerajaan Pakatan Harapan (PH) memecat Apandi Ali.



Pengganti Apandi iaitu Tommy Thomas pula hanya mengangkat sumpah pada 5 Jun 2018. Malah tiada siapa juga yang menjawat sebagai Menteri Wilayah Persekutuan ketika itu sehingga Khalid Samad mengangkat sumpah pada 2 Julai 2018.

Oleh itu, pengampunan Anwar sedang dicabar dalam Mahkamah kerana didakwa melanggar Perlembagaan Persekutuan.

Ini bermakna PH telah menipu rakyat Malaysia selama ini. Parti yang diketuai DAP itu melanggar semua perundangan termasuk Perlembagaan Persekutuan walaupun selama ini mereka mendabik dada kononnya PH akan ikut “Rule of Law”. Realitinya perkara sebaliknya berlaku.



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker