Gara-gara Beri Anjing Liar Makan Biskut, Pelancong Didenda

Gara-gara Beri Anjing Liar Makan Biskut, Pelancong Didenda

BRISBANE: Seorang pelancong muda didenda A$2,300 (RM6,850) baru-baru ini kerana memberi makan biskut kepada seekor anjing liar dikenali sebagai dingo di Pulau K’gari.

Lelaki Australia berusia 23 tahun itu sedang menunggu dalam barisan untuk menaiki feri di pulau itu yang turut dikenali sebagai Pulau Fraser di utara Brisbane.



Namun, perbuatannya itu telah dirakamkan oleh orang awam.

Insiden itu berlaku pada April lalu namun susulan siasatan Jabatan Alam Sekitar dan Sains (DES) Queensland, lelaki itu kemudian didenda RM6,850 dalam minggu ini.

Pengurus pematuhan DES, Mike Devery dalam satu kenyataan berkata, seorang orang awam memberitahu renjer bahawa lelaki itu berada di hadapan barisan kenderaan semasa dia menunggu feri di Hook Point pada April lalu.

Devery berkata, lelaki itu kemudian mengaku memberi makan kepada anjing liar itu.

Memberi makan kepada anjing itu adalah dilarang kerana ia boleh menyebabkan haiwan itu mendekati orang ramai untuk mendapatkan makanan sekali gus boleh menyebabkan mereka berada dalam keadaan bahaya. SH



Gara-gara Beri Anjing Liar Makan Biskut, Pelancong Didenda

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




‘Saya dah beri banyak peluru, guna untuk serang mereka

Mahathir minta pertolongan saya – Ku Nan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker