Abaikan PH Yang Bawa Kemusnahan

#PRU15

Abaikan PH Yang Bawa Kemusnahan

Rata-rata rakyat khususnya akar umbi UMNO melahirkan kesyukuran atas pembubaran Parlimen kerana bagi mereka ianya adalah peluang untuk memilih kerajaan yang terbaik bagi mentadbir negara ke arah ekonomi dan pembangunan yang lebih mampan.

Bagi Ketua Pemuda Cawangan Kampung Kuala Triang, Mohd Fuad Abas beliau berkata kerajaan pada hari ini berdepan dengan pelbagai kritikan daripada pembangkang antaranya ‘kerajaan tebuk atap’ sehinggakan sedikit sebanyak mengganggu fokus kerajaan mentadbir negara.

“Kalau ikutkan kerajaan yang ada pada ketika ini berdepan masalah dengan pelbagai tohmahan tapi ada baiknya Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini dilakukan secepat mungkin.

“… kerana bagi kami anak muda mahukan PRU ini disegerakan sebab untuk memilih kerajaan yang betul-betul boleh bekerja dan berkhidmat untuk rakyat.

“Pandangan saya undilah Barisan Nasional (BN) kerana hanya parti ini yang boleh berkhidmat untuk rakyat kerana kalau Pakatan Harapan (PH) ini sekadar janji sahaja banyak yang tidak ditunaikan… abaikan PH kerana banyak kemusnahan dibawa,” katanya.

Pandangan sama diberikan oleh Ahli Jawatankuasa Bahagian Bera, Muhamad Amin Sardi, beliau berkata rakyat perlu mengambil pengajaran daripada tragedi pentadbiran PH yang melakukan pelbagai kerosakan.

“Rakyat perlu memahami 22 bulan yang lepas jadikan sebagai satu iktibar, tidak semestinya peristiwa itu tidak akan berlaku kembali.

“Fikirkan keperitan yang ada pada ketika itu jangan terjadi lagi, rakyat kena sedar bahawa hanya BN yang mampu mentadbir dengan cara yang lebih baik,” ujar beliau. UMNO Online

Abaikan PH Yang Bawa Kemusnahan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tawaran 47 kerusi untuk PAS daripada Bersatu, ‘Allah jadi saksi saya’ – Asyraf Wajdi

Lelaki mengamuk di restoran tomyam ditahan

Nora Danish ‘belanja’ apa tu?

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker