Lelaki mengamuk di restoran tomyam ditahan

Lelaki mengamuk di restoran tomyam ditahan

Lelaki yang mengamuk di sebuah restoran tomyam di Jalan Taman Seri Sentosa di sini, dengan menterbalikkan bekas makanan dan meja seperti dalam rakaman video yang tular di media sosial, sudah ditahan polis, semalam.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor, berkata polis mengesan rakaman video berdurasi 45 saat itu dimuat naik dan tular di media sosial pada jam 8 pagi tadi.

“Hasil siasatan awal, kita mendapati kejadian itu berlaku kira-kira jam 1.40 tengah hari, semalam, di sebuah restoran di Taman Seri Sentosa, Kuala Lumpur membabitkan seorang lelaki tempatan.

“Suspek datang untuk membeli makanan tetapi makanan yang dijual di restoran terbabit sudah habis menyebabkan dia tidak berpuas hati dan terus menolak barang-barang dan menterbalikkan meja sebelum beredar,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Sektor 27 Balai Polis Petaling membuat rondaan susulan kes itu menerima maklumat orang awam menyatakan suspek berada berhampiran sebuah surau di Seri Sentosa.

“Ketika anggota URB datang menghampirinya, suspek cuba melarikan diri serta bertindak agresif, dan dengan bantuan dua lelaki awam, suspek akhirnya berjaya ditahan berhampiran Flat Petaling Utama, Jalan PJS 1/52, Petaling Jaya.

“Suspek sudah pun dituduh di mahkamah mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan pada hari ini dan mengaku kesalahannya sebelum dijatuhkan hukuman denda RM1,000 atau penjara dua bulan,” katanya.

Dalam pada itu, Amihizam menasihatkan orang ramai untuk tidak berkongsi sebarang rakaman video mahupun sebarang maklumat yang tidak sahih berhubung kebenarannya.

Menerusi rakaman video yang tular itu, kebanyakan netizen menyangka suspek mengamuk kerana tidak dilayan oleh pekerja restoran yang dilihat seolah-olah sedang sibuk bercakap di telefon bimbit. BH

Lelaki mengamuk di restoran tomyam ditahan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Zahid Hamidi Sindir Hadi Awang “Jangan ‘Main-Main’ Dengan Durian”

Ismail Sabri adalah calon PM muktamad dari UMNO – Presiden UMNO

Nurul Nazihah yang retung dalam kemalangan baru pulang umrah seminggu

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker