Anne Ngasri bantu jentera parti

#PRU15

Anne Ngasri bantu jentera parti

Selebriti juga Exco Pengerakan Puteri UMNO Malaysia, Datin Anne Ngasri, 38, akan giat membantu jentera parti Barisan Nasional (BN) pada kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) nanti.

Anne atau nama sebenarnya Naszriah Ngasri berkata beliau bersama suaminya, Datuk Mohd Sumali Reduan hanya mahu membantu BN kembali mendapatkan mandat demi kestabilan dan kemakmuran negara.

“Suami saya tidak bertanding sebagai calon di PRU-15 ini. Bagaimanapun, insya-Allah kami hanya ingat nak bantu BN kembali mendapatkan mandat demi kestabilan dan kemakmuran negara. Itu saja.

“Justeru, saya harap anak muda yang menjadi pengundi baharu faham dan mengundilah dengan bijak. Jangan mengundi dengan emosi,” katanya turut mengulas mengenai harapan terhadap pengundi-pengundi belia.

Anne berkata, apa yang dikatakan bijak itu kerana mengundi juga boleh diibarat seperti kita menghadapi peperiksaan.

Katanya, kita perlu tahu jawapan pada soalan yang diberi dan perlu ‘study’ (belajar) juga untuk mengundi.

“Sebabnya, semua parti pernah mentakbir negara ini. Jadi, tak ada ruang untuk cubaan. Ia untuk masa depan hidup kita di dunia. Apapun, saya sangat percaya pada PRU-15 ini akan ada ramai pengundi yang bijak.

“Dan, perkara yang sangat penting pastinya jangan mengundi kerana individu atau pemimpin semata-mata, tapi kerana untuk memajukan negara yang memerlukan ‘team’ (pasukan) yang bagus. Bukan individu,” katanya.

Anne yang pernah popular dengan drama Cili Padi ketika kanak-kanak, bertemu jodoh kali kedua dengan Mohd Sumali pada 2012.

Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Sufi Harraz, 9, dan Nefa Naura, 4.

Terdahulu, pasangan ini juga mempunyai cahaya mata dari perkahwinan sebelum ini. Anne mempunyai tiga anak daripada perkahwinan lalunya iaitu Abdul Warits,16, Abdul Wafri,14, dan Nazharah Afroza, 12 tahun. Manakala, Mohd Sumali mempunyai seorang anak, Suffian Akim,17.
Utusan

Anne Ngasri bantu jentera parti


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Akar umbi PAS mahukan MN – Khairuddin

Adi Putra, Beto, Syamsul tiada dalam prekuel Mat Kilau

Musim YB salam B40 sudah tiba

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker