Pertemuan terakhir PAS dan UMNO pada 12 Oktober

Pertemuan terakhir PAS dan UMNO pada 12 Oktober

Ini merupakan gambar pertemuan 8 mata antara Presiden dan Timbalan Presiden kedua-dua parti UMNO dan PAS pada hari Rabu 12 Oktober 2022, sehari sebelum PAS akhirnya membuat keputusan kekal bersama PPBM-Perikatan Nasional.

Pertemuan ini adalah ikhtiar terakhir UMNO untuk berlapang dada menerima PAS bagi menyelamatkan Mufakat Nasional yang digagaskan bersama sewaktu 22 bulan sama-sama menjadi pembangkang, atas deraian air mata kesyukuran, bagi menoktahkan permusuhan politik puluhan tahun hingga menjejaskan persaudaraan sesama Islam.

Itupun selepas didatangi seorang pimpinan tertinggi PAS yang membawa mesej bahawa Majlis Syura PAS dan Muktamar PAS telah membuat resolusi mahukan hubungan PAS dan UMNO dipulihkan kembali. Dewan Ulamak PAS juga dikhabarkan membuat resolusi serupa.



Justeru, UMNO sudah cukup berjiwa besar untuk menerima kembali PAS, walaupun dikhianati apabila PAS bersetuju mendaftarkan Perikatan Nasional bersama PPBM sedangkan penafian dibuat beberapa kali dalam Mesyuarat Jawatankuasa Induk Muafakat Nasional.

Sebagaimana PRN Melaka dahulu, UMNO menawarkan 5 kerusi DUN boleh menang kepada PAS untuk ditandingi walaupun PPBM menjanjikan 11 kerusi kepada PAS.

Begitu juga pada pertemuan kali ini, PAS menegaskan bahawa jika bersama PN, PPBM menjanjikan 47 kerusi boleh menang kepada PAS.

Namun bagi UMNO, perundingan untuk kembali mengukuhkan MN kali ini lebih besar daripada sekadar perkiraan untung rugi kerusi-kerusi yang bakal diperkongsikan bagi menghadapi PRU15.



Sebagai sebuah parti perjuangan, UMNO tidak akan pernah patah semangat walaupun madu dibalas tuba. Perjuangan demi agama, bangsa dan tanah air adalah landasan yang akan diperluaskan, kerana UMNO yakin, rekod perjalanan yang panjang telah banyak menyaksikan, kerjasama atas sifat berkepentingan bukannya keikhlasan semata-mata, hanya menatijahkan pengkhianatan dan kerosakan.

Apa-apapun Allah menjadi saksi bahawa usaha semaksimumnya telah dilakukan untuk menyelamatkan agenda penyatuan ummah terutamanya permuafakatan UMNO-PAS, demi memastikan umat Islam terutamanya jutaan ahli kedua-dua parti induk umat Islam-Melayu ini dapat dipertautkan kembali.

Mungkin ada hikmah yang Allah rahsiakan kepada kita semua di sebalik episod ini.

Asyraf Wajdi



Pertemuan terakhir PAS dan UMNO pada 12 Oktober


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


100 anggota polis sujud mohon maaf

Neelofa akhirnya tunjuk wajah Bilal

PU Azman didakwa lakukan amang seksual terhadap dua remaja lelaki

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker