Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Melaka bermula hari ini

Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Melaka bermula hari ini

MELAKA: Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) edisi ke-11 membuka tirainya hari ini sehingga Ahad bertempat di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh, dengan menjanjikan pelbagai program serta aktiviti menarik buat pengunjung.

Bakal dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada pukul 3.30 petang hari ini, karnival selama tiga hari itu, menggunakan pendekatan informatif dan interaktif untuk menarik kedatangan ramai pengunjung.

Melalui gabungan elemen konsep KASIH, kesejahteraan sosial dan ekonomi yang menggunakan dua pendekatan tersebut akan membantu dan memudahkan masyarakat mendapatkan maklumat yang diperlukan sepanjang tiga hari Jelajah AKM itu berlangsung.

Menariknya, tumpuan pastinya terarah kepada golongan belia ataupun pencari kerja apabila lebih 5,000 peluang pekerjaan akan ditawarkan pada Karnival Jamin Kerja Keluarga Malaysia 2022.

Temu duga secara terbuka program berkenaan menawarkan peluang pekerjaan dalam sektor bioteknologi, perkhidmatan, perkilangan, perhotelan, telekomunikasi dan perbankan.

Malah, karnival itu akan turut menyediakan khidmat kaunseling kerjaya dan pendaftaran MYFuturejobs kepada pencari kerja.

Pengunjung yang berminat menghadiri sesi temu duga itu, dinasihatkan supaya datang awal dan berpakaian kemas serta membuat pendaftaran dengan melayari laman sesawang di https://careerfair.perkeso.gov.my/.

Sebarang pertanyaan, orang ramai boleh melayari portal MYFutureJobs menerusi pautan www.myfuturejobs.gov.my/careerfair atau hubungi Careline PERKESO di talian 1-300-22-8000 atau emel ke [email protected].

Dalam usaha mengurangkan beban kos hidup yang meningkat berikutan ketidaktentuan ekonomi global, Jualan Murah Keluarga Malaysia (JMKM) turut diadakan sepanjang karnival.

Tawaran diskaun sehingga 20 peratus diberikan terhadap barangan keperluan terpilih, sekali gus memberi manfaat dan pilihan buat pengunjung terutama warga Ayer Keroh dan masyarakat berdekatan untuk berbelanja.

Dalam mengeratkan perpaduan antara penduduk, kenduri rakyat serta sukan turut diadakan sempena karnival tersebut.

Pertandingan e-sukan Fifa 2022, Players Unknown Battleground (PUBG) dan Mobile Legends : Bang Bang turut diadakan bagi memberi peluang kepada peminat sukan tersebut mengasah bakat mereka dalam permainan video. Aw

Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Melaka bermula hari ini


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


100 anggota polis sujud mohon maaf

Neelofa akhirnya tunjuk wajah Bilal

PU Azman didakwa lakukan amang seksual terhadap dua remaja lelaki

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker