Keputusan PAS sudah dijangka, kita ada pelan tersendiri – Ismail

#PRU15

Keputusan PAS sudah dijangka, kita ada pelan tersendiri – Ismail

JASIN: UMNO tidak terkejut dengan keputusan PAS memilih kekal bersama Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) kerana tindakan itu sudah dijangka lebih awal.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata walaupun pintu rundingan antara kedua-dua parti sudah beberapa kali dibuka, namun PAS kekal dengan pendiriannya bersama PN, sekali gus menolak kerjasama politik menerusi Muafakat Nasional (MN).

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO, berkata mereka menghormati keputusan PAS meskipun pada peringkat awal parti itu bersama UMNO dalam MN yang memperlihatkan hampir semua orang Melayu dan Islam teruja dengan gabungan berkenaan.

“UMNO dari awal sudah menjangka (keputusan PAS) berdasarkan beberapa kenyataan dibuat kepimpinan PAS, walaupun kita sentiasa terbuka ketika itu untuk berbincang dengan pihak kepimpinan parti terbabit.

“Namun, semalam kata putus (PAS) sudah dibuat, sebab itu dari awal Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi buat kenyataan bahawa UMNO dan Barisan Nasional (BN) sedia bergerak solo dan kita sudah sebut beberapa kali kita bersedia,” katanya selepas merasmikan Loji Rawatan Air Kompak Chinchin, di sini, hari ini.

Semalam, Ahmad Zahid berkata, UMNO dan BN memutuskan untuk bergerak secara solo bagi menghadapi PRU-15 susulan keputusan PAS untuk memperkukuh kerjasama dalam Perikatan Nasional (PN).

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang dilapor berkata, parti itu memutuskan untuk memperkukuh kerjasama dalam PN atas prinsip penyatuan ummah dan perkara itu dicapai dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat semalam.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, BN dan UMNO sudah bersiap sedia dengan sebarang jawapan daripada PAS sama ada mahu menjalin kerjasama atau sebaliknya.

“Jika jawapan PAS ya, kita ada tindakan, jika no (tiada kerjasama), kita pun sudah bersedia dengan pelan kita untuk memastikan kemenangan BN pada PRU-15 ini,” katanya. BH

Keputusan PAS sudah dijangka, kita ada pelan tersendiri – Ismail


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


100 anggota polis sujud mohon maaf

Neelofa akhirnya tunjuk wajah Bilal

PU Azman didakwa lakukan amang seksual terhadap dua remaja lelaki

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker