Kerajaan bubar kerana ‘boss’ PN – Ismail

#PRU15

Kerajaan bubar kerana ‘boss’ PN – Ismail

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan yang diketuainya tidak boleh diselamatkan lagi kerana menteri Perikatan Nasional (PN) ditekan oleh “bos” mereka.

Ismail berkata, beliau tidak mahu menyalahkan menteri Bersatu dan PAS kerana mengutus surat kepada Yang di-Pertuan Agong bagi menyatakan pendirian tidak bersetuju pilihan raya diadakan tahun ini, kerana mereka hanya menerima arahan Muhyiddin Yassin.

“Pengaruh presiden Bersatu ke atas menterinya tak boleh dipisahkan… perkara tersebut (hantar warkah) maknanya menerima arahan daripada presiden (Muhyiddin).

“Parti arah tulis surat walaupun tindakan itu agak kurang wajar, mereka tulis juga surat, itu diakui sendiri oleh (Menteri Dalam Negeri) Hamzah (Zainudin). Saya tak salahkan mereka kerana ikut arahan parti,” katanya selepas merasmikan Lebuhraya Bertingkat Damansara Shah Alam (DASH).

Ismail, yang juga naib presiden Umno berkata, tekanan berterusan daripada parti ke atas menteri akan menggoncang kestabilan negara.

“Kalau kerajaan tak stabil, bagaimana kita nak pulihkan ekonomi dan agenda lebih besar? Bila ada isu berkaitan, saya nampak dah tak boleh nak ‘go on’ lagi, jadi saya bubarkanlah,” katanya.

Semalam, Hamzah yang juga setiausaha agung PN berkata, tindakan 12 menteri PN menghantar surat itu dibuat selepas mendapat arahan parti.

Katanya, keadaan sama juga dihadapi perdana menteri apabila bertindak membubarkan Parlimen kerana mendapat arahan daripada pucuk pimpinan Umno, bukan disebabkan pihak lain.

Mengulas perkara itu, Ismail menafikan pembubaran Parlimen berpunca daripada desakan dalaman parti, sebaliknya kerana beliau melihat kerajaan yang diketuainya sudah tidak boleh diselamatkan lagi.

Malah katanya, pembubaran itu juga bagi menamatkan momokan pembangkang bahawa kerajaan semasa ialah “kerajan tebuk atap” dan “kerajaan gagal”.

“Sepatutnya pihak pembangkang ini berterima kasih kepada saya dan seronok dengan apa yang saya lakukan kerana ini akan mempercepat PRU yang membolehkan rakyat memilih kerajaan sebenar yang mereka mahukan.

“Lagi lama kerajaan ini bertahan, lagi banyak isu kerajaan tak sah, (sentimen) ‘kerajaan tebuk atap’ ini akan terus dimainkan,” katanya. FMT

Kerajaan bubar kerana ‘boss’ PN – Ismail


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bilal viral di TikTok, Neelofa tersinggung

Risiko besar buat PH, Pas jika tidak bubar DUN

Netizen kritik hasrat Mahathir mahu bertanding lagi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker