Ucapan Zahid rujuk kepada politik balas dendam PH

Ucapan Zahid rujuk kepada politik balas dendam PH

Ucapan kontroversi Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi bahawa kepimpinan BN akan menghadapi perbicaraan jenayah jika tewas lagi dalam pilihan raya umum (PRU) diputar belit oleh pembangkang, kata SA Vigneswaran.

Menurut presiden MIC, ia bukan pengakuan bahawa BN mahu menyelamatkan “Kluster Mahkamah”, sebaliknya merujuk kepada “politik balas dendam” Pakatan Harapan (PH) selepas PRU14.

“Selepas ucapan, Zahid beritahu kami bahawa dia merujuk kepada pemimpin BN yang akan didakwa melakukan kesalahan kerana tekanan daripada pemimpin PH–dan pembangkang yang dituduh akan dibebaskan sebelum kes pendakwaan ditutup–jika pembangkang menang semula PRU15.



“(Zahid) bukan merujuk mana-mana pemimpin BN tertentu akan didakwa kerana rasuah,” katanya.

Bercakap kepada Malaysiakini, dia mendakwa pembangkang memutar belit perkara itu bagi menggambarkan pemimpin BN sebagai jahat dan mengamalkan rasuah.

Klip sedutan ucapan Zahid di Perhimpunan Agung Tahunan MIC pada Isnin lalu kini tular di media sosial.

“Kalau kita kecundang, nasib kita lebih buruk daripada PRU ke-14.



“Bukan saya saja kena dakwa (di mahkamah), Tok Mat (Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan), kamu dalam senarai menunggu. Tan Sri Vicky (Presiden MIC SA Vigneswaran) jangan ketawa… kamu juga termasuk. Apa lagi Datuk Seri Saravanan (timbalan presiden MIC) dan menteri sumber manusia sementara).

“(Presiden MCA dan menteri pengangkutan sementara Wee) Ka Siong? Mereka tidak akan melupakan kamu. Kamu juga akan didakwa. (Menteri pertahanan sementara) Hisham (Hishammuddin Hussein) jangan senyum.

“Bagi mengelakkan (perkara) ini, kita wajib menang dengan dominan di dalam PRU ke-15 ini saudara dan saudari,” kata Zahid dalam video itu

Sementara itu, Vigneswaran mendakwa pembangkang terus mengelirukan pengundi dengan mengambil kenyataan-kenyataan pemimpin BN di luar konteks.



“Adalah sangat tidak wajar pemimpin pembangkang mengambil kenyataan BN di luar konteks untuk publisiti murahan untuk mengelirukan pengundi,” katanya.

“Rakyat sudah muak dengan pembohongan dan janji tidak setia dan mereka juga tahu bahawa gabungan kerajaan yang lemah tidak akan memastikan pentadbiran kerajaan yang lancar untuk menyelesaikan masalah rakyat secepat mungkin.

“Kerajaan selepas PRU15, mesti menjadi kerajaan yang tegas dan bertanggungjawab tanpa bersandar kepada mana-mana pihak tidak seperti memberi alasan tempang seperti apa yang berlaku sekarang dan apa yang berlaku apabila PH memerintah yang mana menyalahkan satu sama lain,” katanya.

Katanya, pada pemilihan kali ini pengundi tidak boleh ditipu lagi seperti sebelum ini.

“Pengundi menjangkakan apa yang calon dan parti mereka akan dan telah lakukan untuk rakyat bukan seperti pembangkang menyalahkan satu sama lain untuk mengambil sesuatu di luar konteks dan mengelirukan mereka,” katanya. Mk

Ucapan Zahid rujuk kepada politik balas dendam PH


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isteri mengamuk tampar suami leka menyanyi bersama wanita lain [VIDEO]

Model jelita disuntik racun, mayat disimen dan dibuang di gurun

Bomoh dicekup berkhalwat dengan isteri orang

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker