Gelombang keyakinan terhadap UMNO-BN kian ketara – Razlan Rafii

PRU15

Gelombang keyakinan terhadap UMNO-BN kian ketara – Razlan Rafii

Rakyat sudah sedar akan kesilapan dilakukan pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu dan kini meletakkan kembali kepercayaan kepada UMNO-BN sebagai pentadbir yang lebih baik.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia, Datuk Mohd Razlan Rafii, percaya kemenangan mereka dalam beberapa Pilihan Raya Kecil (PRK) dan Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu menunjukkan bahawa UMNO-BN semakin menjadi pilihan rakyat.

Bagaimanapun, katanya, anasir gangguan seperti ‘Langkah Sheraton’ telah menjejaskan sedikit rentak mereka untuk menjayakan Muafakat Nasional yang dibentuk bersama PAS demi penyatuan ummah.

“Yang saya lihat sekarang ada satu gelombang yang konsisten di mana rakyat memang nakkan BN kembali, sebab banyak perkara yang kita buat menunjukkan hasil.

“Mereka (rakyat) dah beri peluang kepada Pakatan Harapan (PH) dan PH pun sedar bahawa semua yang mereka lakukan selama 22 bulan itu memberi impak negatif dan rakyat tidak selesa dengan apa sahaja yang mereka lakukan sepanjang tempoh itu,” kata Mohd Razlan.

Beliau percaya ini memang waktu terbaik untuk mengembalikan mandat kepada rakyat, untuk rakyat mengembalikan semula kepercayaan itu kepada UMNO-BN kerana pengalaman mentadbir yang lebih baik.

Jelas Razlan, keupayaan para pemimpin UMNO-BN adalah bukti bahawa perlunya satu kumpulan pentadbir yang kukuh, bukannya ditokok campur daripada mana-mana parti yang berkepentingan yang akhirnya tidak dapat membentuk kesepakatan untuk melaksanakan sesuatu demi rakyat.

“Rakyat akan menilai dan menilai, itu sebab kita menang PRK dan PRN sebelum-sebelum ini,” katanya lagi. Aw

Gelombang keyakinan terhadap UMNO-BN kian ketara – Razlan Rafii


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Yasmin Aziz Dakwa Bapa Kandung Seorang Pedofilia (Video)

Tak tahu arwah ada masalah jantung – Nabil

Lelaki panik tangan misteri muncul bawah pintu tandas awam

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker