Siasat penyebaran laporan siasatan buku Tommy Thomas

PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat penyebaran laporan siasatan terhadap buku bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas yang dimuat naik menerusi satu laman web.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Mohd. Saaduddin berkata, siasatan itu dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) D5, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Bukit Aman.

“Siasatan tersebut di bawah Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972, Seksyen 203A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam kenyataan hari ini.



Beliau berkata, PDRM telah menerima satu laporan polis mengenai penyebaran laporan siasatan itu yang dimuat naik menerusi laman web www.malaysia-today.net bertajuk, ‘Rahsia: Laporan Siasatan Ke Atas Buku Tommy Thomas, My Story: Justice In The Wilderness’.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mengarahkan siasatan lanjut terhadap kemungkinan salah laku oleh Thomas, dilaksanakan dengan segera.

Perdana Menteri dilaporkan berkata, pasukan petugas khas siasatan ke atas dakwaan dalam buku bertajuk “My Story: Justice in the Wilderness”, sudah membentangkan laporan siasatan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri.

Katanya, berdasarkan siasatan yang dibuat, pasukan itu mengkategorikan 19 isu penting yang dikesan dalam buku itu kepada empat isu utama iaitu dakwaan ke atas Badan Kehakiman; pendedahan maklumat dan rahsia kerajaan; tindakan tidak sah, salah guna kuasa dan kecuaian professional dan kenyataan berbaur hasutan.



 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isu rumah MRF: Sidang akhbar jadi gelanggang tikam lidah

Kisah A.R. Tompel meninggal akibat kemalangan jalanraya, beri kesan pada P. Ramlee



Gelaran Datuk Seri Mahadi Didakwa Palsu?



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker