5 tahun tinggal di dalam kawasan perkuburan

 

JAKARTA – Seorang wanita di Cirebon, wilayah Jawa Barat menjadi perhatian netizen kerana tinggal di kawasan perkuburan bersama keluarganya tanpa mempunyai seorang pun jiran tetangga, lapor laman berita Dream hari ini.

Wanita  hanya dikenali sebagai Bu Ayu itu berkata, dia bersama suami dan anak-anaknya sudah tinggal di kawasan tersebut selama lima tahun.

Berdasarkan video yang dimuat naik di saluran YouTube Dendenny, Bu Ayu menyambut kedatangan pesohor YouTube itu sambil duduk di atas buaian yang didirikan di antara beberapa buah kubur.

Menurut wanita berkenaan, pada awalnya dia berasa takut tinggal di situ kerana tidak mempunyai seorang pun jiran melainkan hanya ditemani dengan tapak-tapak perkuburan.

Di bahagian belakang rumah mereka pula terdapat sebatang sungai dan pokok besar yang sering dikaitkan dengan makhluk halus.

Namun, Bu Ayu berkata, selama menetap di situ, dia dan keluarganya tidak pernah diganggu oleh kejadian aneh melibatkan makhluk halus.

Mereka sebaliknya hanya berasakan suasana lebih hening dan menyeramkan ketika waktu malam atau cuaca hujan.

Bu Ayu bagaimanapun mengaku pernah terdengar bunyi seperti tangisan dari arah kubur jenazah yang baru dikebumikan, namun tidak pernah mengambil peduli dengan bunyi tersebut.

“Kami ingin merasai bagaimana rasanya mempunyai ‘jiran’ yang merupakan jenazah yang telah meninggal dunia.

“Tinggal bersama makhluk yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar adalah lebih menenangkan berbanding tinggal bersama manusia yang sering berbuat bising,” kata Bu Ayu. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isu rumah MRF: Sidang akhbar jadi gelanggang tikam lidah

Kisah A.R. Tompel meninggal akibat kemalangan jalanraya, beri kesan pada P. Ramlee

Gelaran Datuk Seri Mahadi Didakwa Palsu?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker