Pengantin perempuan dirasuk ketika bersanding (Video)

Pengantin perempuan dirasuk ketika bersanding (Video)

Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan situasi seorang pengantin perempuan dirasuk ketika sedang bersanding di atas pentas, lapor laman berita Suara.com.

Video itu dimuat naik dalam akaun Instagram @fakta.indo.

Rakaman menunjukkan sepasang pengantin baharu berada di atas pentas untuk bersalam dengan tetamu.



Pengantin perempuan secara tiba-tiba menari dalam gaya pelik sehingga terpaksa dipegang oleh suaminya dan seorang lelaki lain.

Wajah wanita berkenaan kelihatan tegang dan tangannya kaku walaupun badannya sedang menari.

Dia seketika dilihat senyum lebar sebelum wajahnya kembali serius.

Beberapa tetamu kemudian menaiki pentas itu untuk membawanya turun sementara pengantin lelaki kekal untuk menyambut tetamu.



Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Kasihan suaminya menanggung malu,” komen seorang netizen. K Online

Pengantin perempuan dirasuk ketika bersanding (Video)




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ibu dan anak terbabas dalam lubang kabel bawah tanah di Jalan AU3 Setiawangasa [VIDEO]

Enam wanita gedik berjoget tiba-tiba ditelan bumi [VIDEO]

Pelakon ditipu artis veteran tuntut RM8.58 juta

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker