Mahkamah dimaklumkan Kerabat Arab Saudi beri Najib AS$100 juta

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu, Datuk Seri Najib Tun Razak menerima hadiah AS$100 juta daripada individu yang didakwa kerabat Diraja Arab Saudi bagi menghargai peranan beliau selaku pemimpin Islam moden ketika berjawatan Perdana Menteri, 11 tahun lalu.

Hadiah tersebut didakwa diberikan oleh bekas Gabenor Wilayah Madinah, Saud Abdulaziz Majid Al Saud melalui sepucuk surat bertarikh 1 Februari 2011 yang dialamatkan kepada bekas Perdana Menteri.

Perkara itu dikemukakan oleh pihak pembelaan melalui keterangan Pengurus Cawangan Ambank (M) Berhad Jalan Raja Chulan, R. Uma Devi, 43, pada perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram melibatkan Najib.



Menurut surat berkenaan yang dirujuk kepada Uma Devi, kerabat itu menyatakan beliau tidak mengharapkan sebarang faedah peribadi sama ada secara langsung atau sebaliknya terhadap hadiah yang diberikan.

“Hadiah ini tidak boleh ditafsir sebagai rasuah kerana perbuatan itu bercanggah dengan hukum Islam dan secara peribadinya saya tidak menggalakkan amalan sedemikian dalam apa cara sekalipun.

“Ini hanya penghargaan peribadi dan saya berharap hadiah ini sebagai penggalak usaha-usaha memperkenalkan Islam ke serata dunia,” ujar surat itu.

Surat berkenaan turut menyatakan, wang AS$100 juta itu hanya hadiah dan akan dimasukkan ke dalam akaun Najib pada bila-bila masa yang bersesuaian dan bekas Perdana Menteri mempunyai budi bicara untuk menentukan bagaimana ia digunakan.



Menurut surat itu, kerabat Diraja tersebut tertarik dengan hasil usaha bekas Perdana Menteri melaksanakan prinsip berlandaskan Islam ketika memperkenalkan Malaysia ke mata dunia terutama selepas tanggapan global diberikan ekoran tragedi 9/11.

Dalam prosiding pemeriksaan balas, peguam Wan Aizuddin Wan Mohammed turut merujuk saksi kepada dokumen penyata akaun Najib yang menunjukkan terdapat kemasukan wang berjumlah RM2.08 bilion melalui sembilan transaksi ke dalam akaun Ambank pada Mac dan April 2013.

Wan Aizuddin mencadangkan kepada Uma Devi bahawa dapat disimpulkan alasan mengapa wang terbabit dimasukkan ke dalam akaun anak guamnya.

“Saya tidak boleh membuat kesimpulan kerana jumlahnya berbeza dan saya tidak pasti sama ada surat itu dikemukakan kepada pihak bank sebelum transaksi berlaku,” katanya.



Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung esok.

Uma Devi memberi keterangan pada perbicaraan terhadap Najib, 69, atas empat pertuduhan menggunakan kedudukannya mendapatkan suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama. – KOSMO! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Dolla Dikritik Seksi, Penyanyi Korea Lebih Sopan Pakai Jaket Labuh (Video)

Pasangan disambar petir ketika beromen di dalam khemah



Menteri Bersatu sendiri tidak mahu bawa cadangan Muhyiddin dalam Kabinet

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker