Serangan Muhyiddin Tanda PRU15 Sangat Hampir

Oleh Tun Teja

SEPINTAS lalu jika difikirkan memang “gila” tindakan Muhyiddin Yassin menyerang kerajaan sendiri sejak kebelakangan ini. Kerajaan campuran sekarang terdiri dari Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN).

Kritikan terbuka Muhyiddin terhadap Jemaah Menteri pimpinan Ismail Sabri Yaakob sebenarnya merupakan tanda pilihan raya umum ke-15 (PRU15) semakin hampir.

Memandangkan PRU-15 ini BN bergerak solo tanpa bergabung dengan PN maka Muhyiddin dengan rakusnya tampil menghentam BN dengan hanya satu tujuan iaitu meraih sokongan dengan mencipta kebencian rakyat terhadap BN.

Menurut penganalisis politik, Azmi Hassan dari Akademi Nusantara, beliau menegaskan serangan terbuka itu, terutama terhadap dasar ekonomi adalah luar biasa. Isu sedemikian biasanya akan dibiarkan saja, tidak seperti perbalahan antara BN dan PN.

Tindakan Muhyiddin cuba menarik lebih ramai pengundi ke pihaknya dengan mengkritik pentadbiran Ismail Sabri dan mendesak pilihan raya diawalkan bermakna PRU15 semakin hampir. Serangan terhadap Ismail Sabri umpama serangan terhadap Umno memandangkan Ismail Sabri adalah naib presiden parti itu.

Secara tiba-tiba Muhyiddin mendakwa banyak cadangan Majlis Pemulihan Negara (MPN) yang dipengerusikannya, tidak dipertimbangkan kerajaan Ismail Sabri.

Sebelum ini Muhyiddin mendakwa hanya 16 daripada 69 cadangan kepada Jemaah Menteri dilaksanakan sepenuhnya, manakala 30 lagi masih dalam proses, 14 belum dilaksanakan dan sembilan menunggu keputusan Jemaah Menteri.

Serangan terbaharu Muhyiddin terhadap Ismail menyusul lebih seminggu selepas beliau menyarankan Parlimen dibubarkan bagi memberi laluan kepada PRU15, jika Ismail gagal menguruskan ekonomi dan negara dengan baik.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker