Muhyiddin jangan baling batu sembunyi tangan – Khaled

Muhyiddin jangan baling batu sembunyi tangan – Khaled

Sikap Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menuding jari menyalahkan orang lain, menunjukkan kelemahan daripada hasil kerjanya.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menegaskan, walaupun bekas Perdana Menteri kelapan itu berhak mengemukakan segala pandangan, tetapi terpulang kepada kerajaan untuk mempertimbangkannya.



“Lagi pun kerajaan mempunyai pelbagai aspek yang harus diambil kira dan disebabkan kerana cadangan itu datang dari MPN, tidak semestinya dilaksanakan secara automatik.

“Beliau harus bertindak dalam semangat kolektif kerana beliau adalah sebahagian dari kerajaan,” katanya menerusi hantaran Facebooknya, hari ini.

Mohamed Khaled berkata demikian mengulas kenyataan Muhyiddin semalam, yang dilaporkan berkata, MPN tidak mempunyai kuasa untuk melaksanakan semua 95 perakuan yang diputuskan dalam mesyuarat bulanannya sejak tahun lalu.

Sebaliknya, beliau berkata, kuasa berkenaan terletak pada Perdana Menteri dan Kabinet dengan MPN berfungsi sebagai badan penasihat kepada kerajaan.



“Sebagai Pengerusi MPN, saya tidak mempunyai kuasa untuk mengarahkan menteri atau ketua setiausaha kementerian atau ketua pengarah jabatan kerajaan untuk mengambil langkah tertentu atau membuat keputusan tertentu bagi mempercepatkan proses pemulihan negara,” kata Muhyiddin.

Menurut Mohamed Khaled, Presiden Bersatu itu seolah lupa bahawa sebahagian besar masalah yang kerajaan hadapi sekarang adalah diwarisi dari kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Jadi, janganlah bersikap baling batu sembunyi tangan. Saya percaya Perdana Menteri dan anggota kerajaan serta kakitangan awam sedang mencuba memberikan yang terbaik bagi berhadapan dengan segala masalah negara,” katanya. MG

Muhyiddin jangan baling batu sembunyi tangan – Khaled




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Calon PRU15: Hamid Bador, Musa Hassan, dan bekas Peguam negara antara yang disebut



Dijadikan Pelacur, Dipaksa Makan Lauk Daging Babi

Rajin jemput anak pulang sekolah kerana nak tengok cikgu kacak [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker