10,000 pekerja Bangladesh akan masuk minggu ini

10,000 pekerja Bangladesh akan masuk minggu ini

Seramai 10,000 pekerja Banglaesh akan tiba di Malaysia secara berperingkat bermula minggu ini, kata jurucakap Kementerian Sumber Manusia (KSM).

Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) KSM, Khair Razman Mohamed Annuar memberitahu FMT, pengambilan pekerja secara “one-off” itu adalah hasil perjanjian kerajaan dengan kerajaan.



Katanya, 25 agensi Bangladesh yang dilantik untuk pengambilan pekerja sebelum ini tiada kena-mengena dengan perjanjian baharu berkenaan.

“Kerjasama dua hala ‘one-off’ ini membabitkan agensi pengambilan pekerja di bawah kerajaan Bangladesh. Ia untuk mempercepatkan proses pengambilan buruh asing.”

Surat pekeliling dikeluarkan Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) dan Persatuan Minyak Sawit Malaysia yang dilihat FMT mengesahkan pengambilan “one-off” itu.

Menurut pekeliling MEF, seramai 4,200 daripada 10,000 pekerja itu masih terbuka untuk pengambilan. KSM memperuntukkan 2,100 daripada keseluruhan pekerja itu kepada ahli MEF.



Dokumen tambahan menunjukkan secara terperinci proses pengambilan membabitkan Jabatan Buruh dan Imigresen di bawah Suruhanjaya Tinggi Bangladesh di Kuala Lumpur serta Bangladesh Overseas Employment and Services Limited (BOESL), agensi pengambilan pekerja milik kerajaan di bawah Kementerian Kebajikan Ekspatriat dan Pekerjaan Luar Negara Bangladesh.

Dalam surat kepada Suruhanjaya Tinggi Bangladesh di Kuala Lumpur bertarikh 20 Sept lalu, BOESL memberitahu pekerja itu akan dihantar ke Malaysia dalam tempoh dua minggu.

Jemaah Menteri Malaysia meluluskan pengambilan pekerja secara “one-off” itu pada 14 Sept lalu.

Malaysia dan Bangladesh menandatangani memorandum persefahaman pada Disember lalu, selepas Putrajaya memutuskan untuk melantik 25 agensi pekerjaan Bangladesh. Di bawah perjanjian itu, Malaysia menerima kumpulan pertama pekerja pada bulan lalu. FMT



10,000 pekerja Bangladesh akan masuk minggu ini


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Calon PRU15: Hamid Bador, Musa Hassan, dan bekas Peguam negara antara yang disebut



Dijadikan Pelacur, Dipaksa Makan Lauk Daging Babi

Rajin jemput anak pulang sekolah kerana nak tengok cikgu kacak [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker