Kapal Angkasa Kecil NASA DART Hentam Asteroid Dimorphos [VIDEO]

Kapal Angkasa Kecil NASA DART Hentam Asteroid Dimorphos [VIDEO]

LAUREL: Sebuah kapal angkasa kecil Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) milik Amerika Syarikat (AS) berjaya menghentam asteroid Dimorphos dalam ujian yang bersejarah pada Isnin.

Ujian itu diadakan bagi mengetahui keupayaan manusia untuk menghalang objek kosmik daripada merosakkan kehidupan di bumi.

“Kami memulakan era baharu. Era di mana kami berpotensi mempunyai keupayaan untuk melindungi diri kami daripada sesuatu seperti kesan asteroid yang berbahaya,” kata Lori Glaze iaitu Pengarah Bahagian Sains Planet NASA seperti dilaporkan AFP.

Asteroid Dimorphos adalah sepanjang 160 meter dan mengorbit sebuah asteroid besar bernama Didymos.

Permukaannya yang berbatu-batu akhirnya dapat dilihat dengan jelas dalam beberapa minit terakhir ketika DART bergerak dan menghentam ke arahnya pada kira-kira 23,500 kilometer sejam.

Apa yang pasti ialah kedua-dua asteroid itu tidak menimbulkan ancaman kepada bumi kerana ia melepasi planet tersebut dan berada pada jarak kira-kira lebih 10 juta kilometer.

NASA berharap melalui hentaman itu, asteroid tersebut akan bergerak ke orbit yang lebih kecil dan mengurangkan 10 minit masa yang diperlukan untuk mengelilingi Didymos.

Beberapa minit selepas hentaman, sebuah satelit bersaiz pembakar roti dikenali sebagai LICIACube yang telah dipisahkan daripada DART beberapa minggu lalu dijangka bergerak dekat tempat kapal angkasa tanpa juruterbang tersebut terhempas bagi merakamkan imej perlanggaran itu.

Gambar yang dirakamkan LICIACube itu dijangka dihantar semula ke bumi pada minggu depan. – SH

Kapal Angkasa Kecil NASA DART Hentam Asteroid Dimorphos [VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Idris Khan, Amelia Henderson naik mahkamah

Tunggu Kat Akhirat Fun Ke Tak – Izara Aishah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker