12 kerusi Parlimen baharu di Sarawak

12 kerusi Parlimen baharu di Sarawak

Sabah dan Sarawak dijangka mendapat tambahan kawasan Parlimen selepas tamat proses persempadanan semula dengan Sarawak menerima sekurang-kurangnya 12 kerusi lagi, kata seorang wakil rakyat.

Ahli Parlimen dari Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang enggan dinamakan, berkata jumlah kerusi Parlimen Sabah dan Sarawak akan meningkat tidak lama lagi.



“Sarawak mungkin mendapat minimum 12 kerusi. Saya percaya parti politik dalam GPS sedang bekerja di kawasan berpotensi bagi cadangan kerusi baharu,” katanya.

Bertahun lamanya, ahli politik Malaysia Timur menggesa Sabah dan Sarawak mendapat satu pertiga kerusi Parlimen, sejajar status sama taraf dua negeri itu di bawah Perjanjian Malaysia 1963.

“Buat masa ini, kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak kurang daripada dua pertiga.

“Ketika berucap pada Hari Malaysia di Kuching pada 16 Sept, Perdana Menteri Anwar Ibrahim memberi jaminannya berdasarkan MA63, Sabah dan Sarawak perlu melaksanakannya secepat mungkin,” katanya.



Bulan lalu, Ramkarpal Singh ketika menjadi timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri (undang-undang dan reformasi institusi), berkata proses persempadanan kawasan pilihan raya telah bermula di Sarawak.

Katanya, kajian akan dibuat di Sabah pada 2025, dan negeri Semenanjung pada 2026.

Semenanjung ketika ini mempunyai 166 atau 75% daripada 222 kerusi Parlimen, manakala baki 25% atau 56 kerusi melibatkan Sarawak (31) dan Sabah (25).

Seorang lagi Ahli Parlimen GPS, enggan mendedahkan perincian kawasan terlibat persempadanan.



“Kami sedang ke arah itu, terutama di kawasan luas Parlimen sedia ada di pedalaman yang memerlukan perhatian tambahan pembangunan,” katanya.

Sumber daripada agensi kerajaan, berkata pengumuman berkait perkara itu berkemungkinan dibuat tahun depan.

“Ia masih di peringkat awal, namun pengumuman akan dibuat bila tiba masanya.”

Pada Oktober, dilaporkan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu akan menubuhkan jawatankuasa memaju cadangan penambahan kawasan Parlimen di Sarawak.



Premier Sarawak Abang Johari Openg, berkata cadangan tersebut sejajar dengan MA63 dan akan diserahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). FMT

12 kerusi Parlimen baharu di Sarawak

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Senarai penuh kabinet baru 2023

Artis seksi akhiri zaman janda, bakal nikah kerabat Raja



Zara sindir genosid di Palestin?

Mayat bogel ditemui dengan banyak kesan lebam

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker