Bapa bakar rumah sendiri, tidak tahan kediaman bersepah

Bapa bakar rumah sendiri, tidak tahan kediaman bersepah

Seorang lelaki di Britain membakar rumah sendiri ketika anak lelaki dan anak saudaranya masih berada di tingkat atas kediaman mereka, lapor akhbar Mirror UK semalam.

Allan Wharrier, 53, bertindak demikian selepas mengadu keadaan rumah yang bersepah.

Wharrier yang berasal dari bandar Leeds, tinggal di sebuah rumah berkembar di Guiseley, West Yorkshire bersama seorang anak lelaki dan anak saudaranya yang sudah dewasa.



Pada 20 Julai tahun lalu, dia menelefon isterinya yang berada di Filipina dan mengadu tentang keadaan rumah yang bersepah.

Wharrier ketika itu mengalami osteoporosis (penyakit tulang rapuh) dan meneguk hampir sebotol wain. Ketika kejadian, anak lelakinya berkata, emosi bapanya tidak baik.

“Anda tidak mengambil berat tentang saya. Apa yang kalian lakukan adalah hanya duduk di dalam bilik,” anak saudara Wharrier mendengar dia berkata.

Pada petang hari yang sama, Wharrier menghantar mesej kepada anak perempuannya dan memberikan kata laluan akaun banknya selain memberitahu dia akan ‘menamatkan semuanya’. Wharrier kemudian membakar rumah itu.



Anak lelakinya berusaha memadamkan api yang merebak, manakala asap memenuhi rumah itu.

Apabila Polis West Yorkshire tiba di lokasi kejadian, mereka melihat kebakaran di ruang tamu dan mendapati Wharrier telah memulakan kebakaran lain dengan membakar kotak.

Setelah api berjaya dipadamkan, Wharrier dibawa ke hospital kerana mengalami masalah pernafasan akibat menyedut asap.

Wharrier kemudian ditahan di Mahkamah Leeds Crown sebelum dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan diperintahkan membayar denda sebanyak £190 (RM1,022). K Online



Bapa bakar rumah sendiri, tidak tahan kediaman bersepah


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pengarah urusan dihukum penjara 230 tahun tipu pakej umrah, ziarah

Gadis cantik tidak kisah bergelar petani cendawan

‘Dia bukan anak atau anak ikan tetapi suami saya yang sah’

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker