Piala AFC: Rentak Kedah sumbang ditapau kelab Indonesia

Fayadh Zulkifli berjaya menjaringkan gol saguhati pada perlawanan separuh akhir zon ASEAN Piala AFC ketika tewas 1-2 kepada PSM Makassar sebentar tadi.

PETALING JAYA – Rentak sumbang Kedah Darul Aman (KDA FC) berterusan selepas tersingkir pada peringkat separuh akhir zon ASEAN Piala AFC selepas tewas 1-2 kepada kelab Indonesia, PSM Makassar sebentar tadi.

Pada aksi di Stadium Kapten I Wayan Dipta, Bali itu, skuad Sang Kenari kendalian Aidil Sharin Sahak membariskan kesebelasan terbaik dengan jentera serangan diketuai Ronald Ngah Wanja dan Mehdi Al Mardi.

Namun, pasukan tuan rumah terlebih dahulu mendahului menerusi ledakan Yakob Sayuri berjaya menampan masuk bola hantaran Muhammad Rizky Pratama pada minit ke-31.

Bersambung pada babak kedua, skuad kendalian kendalian Bernardo Yavares melebarkan kelebihan hasil jaringan Yuran Fernandes yang menanduk masuk bola sepakan penjuru Muhammad Arfan pada minit ke-54.



Bagaimanapun, tuah memihak kepada KDA FC apabila Fernandes dilayangkan kad merah selepas menerima kad kuning kedua yang menyaksikan Makassar terpaksa beraksi dengan 10 pemain.

Gol yang dicari Sang Kenari akhirnya tiba apabila berjaya meraih jaringan saguhati jasil ledakan Fayadh Zulkifli pada minit ke-86 dengan keputusan 2-1 kekal sehingga tamat perlawanan.

Satu lagi kelab Liga Malaysia, Kuala Lumpur City (KL City) akan bertemu Viettel FC dalam satu lagi perlawanan separuh akhir zon ASEAN Piala AFC di Ho Chi Minh, Vietnam malam esok

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pengarah urusan dihukum penjara 230 tahun tipu pakej umrah, ziarah



Gadis cantik tidak kisah bergelar petani cendawan

‘Dia bukan anak atau anak ikan tetapi suami saya yang sah’



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker