Maryam Duriankimchi Bakal Timang ‘Baby Girl [VIDEO]

 MARYAM DURIANKIMCHI BAKAL TIMANG 'BABY GIRL

MARYAM DURIANKIMCHI BAKAL TIMANG ‘BABY GIRL

Menerusi satu video YouTube rasmi DurianKimchi, Instafamous warga Korea Selatan iaitu Maryam You Narae telah berkongsi perkhabaran gembira dimana dia dan suaminya warga Malaysia, Ryzal Ibrahim bakal timang bayi perempuan.

Menurut Maryam, dia baru saja pulang daripada pemeriksaan doktor dan bayi dalam kandungannya tidak mempunyai sebarang masalah. Tambahnya, doktor juga memberitahu kaki bayinya juga panjang dan normal.

 MARYAM DURIANKIMCHI BAKAL TIMANG 'BABY GIRL

“Doktor sudah cek semua bahagian bayi dan semuanya sihat. Doktor juga ada bagi gambar bayi dalam kandungan anda boleh lihat. Maryam nak bagitahu yang bayi ini adalah perempuan. Alhamdulillah,” katanya.

“Alhamdulillah, kaki pun panjang, good tak pendek,” ujarnya lagi sambil bergurau membandingkan ketinggiannya dengan suaminya.

Menerusi video berkenaan, Maryam turut berkongsi gambar keadaan bayinya. Sementara itu, meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizengembira melihat keadaan Maryam yang kembali ceria.

“Tak mau sedih-sedih lagi ok Maryam, jaga kandungan” – “Seronok tengok Maryam kembali ceria, jaga baby okay” – Awww baby girl, tahniah,” itulah antara komen beberapa netizen.

MARYAM DURIANKIMCHI BAKAL TIMANG ‘BABY GIRL


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


[VIDEO] DurianKimchi: ‘Abang Dah Jadi Ayah, Kenapa Tak Menangis?’ – Maryam Beritahu Hamil, Suami ‘BLUR’ Nak Percaya Ke Tak

 

 

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker