Gegar Vaganza hambar tanpa Nabil

Daniel menggantikan Nabil

Gegar Vaganza hambar tanpa Nabil

Program hiburan Gegar Vaganza 2022 yang sedang berlangsung didakwa hambar disebabkan ketiadaan pengacara tetapnya Nabil digantikan dengan pelawak Daniel.

Tinjauan Kosmo! di media sosial mendapati, orang ramai berpendapat gandingan pelawak itu dan Elly Mazlein pada minggu ini tidak begitu menjadi.



Malah, ada juga yang menganggap pelawak itu tidak sesuai mengacarakan program sebesar itu.

Difahamkan, Nabil tidak dapat mengacarakan konsert pada minggu ini kerana menyertai program The Toyota GAZOO Racing musim ke-5.

“Rasa tidak meriah dan hilang seri program bila Nabil Ahmad tiada minggu ke-2 ni,” kata Haizad.

“Nabil & Jihan jantung GV sebenarnya.. Kak Lina berjaya gantikan Jihan.. Danial pulak memang sama sekali tak sesuai dengan program sebesar ni,” kata Shafiq.



“Nampaklah betapa hambarnya GV tanpa Nabil dan Jihan. Kak Lina yang meriah gitu pun tak boleh nak ‘carry the vibe’,” kata Enche.

Terdahulu, penyanyi Elly Mazlein menggantikan hos asal Gegar Vaganza, Jihan Muse yang kini sedang dalam tempoh berpantang selepas bersalin anak kedua pada awal September lalu. K Online

Gegar Vaganza hambar tanpa Nabil


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Longgok rumput depan rumah jiran, dua lelaki bergaduh sehingga berdarah [VIDEO]

Tunggu Kat Akhirat Fun Ke Tak – Izara Aishah



Gol berkelas dunia Luqman [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker