Pemimpin Dunia Hadir Upacara Pengebumian Shinzo Abe

Upacara Pengebumian Negara untuk mendiang bekas Perdana Menteri, Jepun, Shinzo Abe akan berlangsung hari ini pada pukul 1 tengah hari (waktu tempatan)

Pemimpin Dunia Hadir Upacara Pengebumian Shinzo Abe

TOKYO: Upacara Pengebumian Negara untuk mendiang bekas Perdana Menteri, Jepun, Shinzo Abe yang berlangsung hari ini pada pukul 1 tengah hari (waktu tempatan) dijangka dihadiri oleh ribuan orang termasuk pemimpin dan wakil dari lebih 217 negara, wilayah dan organisasi antarabangsa.

Upacara ini bakal menjadi acara terbesar awam sejak langkah keselamatan negara diperketatkan berikutan insiden tembakan Shinzo Abe pada 8 Julai lalu.

Memetik laporan Hindustan Times, bertempat di Nippon Budokan, Tokyo, antara pemimpin dunia yang sudah mengesakan kehadiran ialah Naib Presiden Amerika Syarikat Kamala Harris; Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau dan Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck-soo.

Tidak ketinggalan, Perdana Menteri Australia; Anthony Albanese, Presiden Vietnam, Nguyen Xuan Phuc dan Setiausaha Luar Britain, James Cleverly juga akan mewakili negara masing-masing.

Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali juga akan menghadiri Upacara Pengebumian Negara mewakili Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang kini berada di Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Para pemimpin cabang perundangan, kehakiman dan pentadbiran Jepun terkini dan terdahulu, wakil dari setiap kementerian termasuk ahli parlimen dan wakil Kerajaan negeri juga dijangka hadir ke upacara.

Abe, Perdana Menteri Jepun paling lama berkhidmat dengan memegang jawatan itu bermula 2006 sebelum sekali lagi dipilih pada dari 2012 hingga 2020. AA

Pemimpin Dunia Hadir Upacara Pengebumian Shinzo Abe

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Idris Khan, Amelia Henderson naik mahkamah

Tunggu Kat Akhirat Fun Ke Tak – Izara Aishah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker